Monthly Archives: August 2014

TAKTIK PENIPUAN PEMBORONG DI GUANGZHOU

Posting pada kali ini ingin menerangkan sedikit berkenaan dengan taktik atau teknik penipuan yang biasa digunakan oleh pembekal di Guangzhou. Antaranya adalah pengalaman saya sendiri selain pengalaman peserta trip borong. Namun begitu hanya beberapa orang sahaja pembekal bersikap sedemikian.

# TIDAK MENGHANTAR @ LAMBAT MENGHANTAR BARANG YANG DIPESAN

Hal ini biasanya berlaku apabila pembeli membuat bayaran penuh apabila membuat pesanan. Sepatutnya pembeli membuat bayaran deposit seminima mungkin apabila membuat pesanan. Bakinya anda bayar selepas barang dihantar kepada anda atau gudang syarikat perkapalan. Anda boleh menggunakan khidmat agent untuk membayar jumlah yang masih berbaki.

# BARANG YANG DIHANTAR TIDAK SAMA SEPERTI YANG DIPESAN

Pembekal mungkin menghantar barang yang salah dari segi warna, design dan size. Seorang peserta trip saya yang memborong kasut, menerima kasut yang bersaiz besar-besar. Padahal beliau membuat pesanan untuk saiz yang sesuai untuk orang Asia. Nasib baik kasut-kasut tersebut dihantar ke hotel terlebih dahulu dan beliau mempunyai masa untuk memeriksa dengan teliti saiz-saiz kasut tersebut.

#KUANTITI BARANG TIDAK CUKUP

Hal ini biasanya berlaku apabila anda membuat pesanan dalam kuantiti yang banyak seperti pakaian berjumlah beratus atau beribu helai. Oleh yang demikian jangan membeli barang dalam kuantiti yang sangat besar sekiranya anda belum biasa lagi dengan pembekal tersebut.

 

Advertisements
%d bloggers like this: