Monthly Archives: May 2014

Tidak perlu memborong di Guangzhou kalau kena caranya…

Tajuk di atas tu agak pelik sedikit dengan tujuan blog ini. Tetapi saya ingin membawa pembaca sekalian menyedari bahawa untuk berjaya dalam perniagaan kita perlu kreatif serta pandai mencari dan merebut peluang.

Ada beberapa kenalan saya yang hanya memborong barang dengan pembekal-pembekal di Malaysia tetapi perniagaan mereka tetap maju dan berjaya saing. Ada di antara mereka telah memiliki beberapa buah kedai yang menjual barangan secara runcit mahupun borong.

Mereka pernah mengikuti saya ke Guangzhou tetapi alangkah terkejutnya saya bila diberitahu harga borong yang mereka dapat di Malaysia lebih mudah berbanding dengan harga di Guangzhou. Bagaimana perkara ini boleh terjadi? Apa rahsia mereka?

Berikut antara cara yang mereka gunakan:

# membina hubungan yang baik dengan pembekal atau staf mereka supaya kita sentiasa mendapat maklumat terkini tentang produk yang kita jual.

# apabila stok sampai di gudang pembekal, mereka menjadi orang pertama yang berada di situ.

# mereka borong kesemua stok atau design yang baru sampai daripada pembekal. Biasanya mereka akan dapat harga yang tersangat murah. Contohnya design baju terbaru diborong pada harga RM5/sehelai sekiranya ambil 5000pcs. Padahal harga borong sebenar RM10.

# mereka sanggup letak deposit rm5000-10000 kepada pembekal supaya barang yang mereka ingini tidak sampai kepada peniaga lain. Tetapi cara ini agak berisiko.

# berdasarkan pemerhatian saya mereka ini mempunyai kemahiran perundingan yang hebat. Pembekal sanggup beri kredit 1-2 minggu kepada mereka.

Saya mengagumi cara mereka ini. Nampak macam memborong dari sumber@China hakikatnya mereka hanya “MEMBOLOT” Semua stok yang ada dengan pembekal tempatan.

Advertisements
%d bloggers like this: