Monthly Archives: April 2014

Implikasi memborong di Guangzhou selepas peristiwa kehilangan MH370

Selepas kejadian kehilangan kapal terbang MAS MH370, saya dihujani dengan pertanyaan daripada kawan-kawan serta individu yang ingin ke China khususnya Guangzhou. Mereka bertanyakan tentang layanan masyarakat di sana terhadap warganegara Malaysia.

Mungkin mereka terkesan dengan berita@khabar angin yang tersebar di laman sosial bahawa rakyat Malaysia mendapat layanan buruk oleh masyarakat di negara China selepas peristiwa ini.

Saya tidak pasti akan kesahihan berita tersebut namun Entri ini saya tulis berdasarkan pengalaman saya sendiri yang baru pulang dari Guangzhou setelah membuat 1 trip borong pada 25-31 Mac 2014 yang lepas.

Semasa di sana saya dan peserta trip mendapat layanan yang saksama dan profesional bermula dari urusan imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Baiyun sehinggalah kami check in bilik di Hotel Yu Cheng, Feixiang Park.

Aktiviti memborong juga tidak menghadapi masalah kerana para peniaga di sini tidak ambil kisah tentang perkara tersebut. Saya ada juga menanyakan kepada beberapa orang pembekal yang saya kenal di sini tentang persepsi mereka terhadap Malaysia. Mereka menyatakan pelbagai versi muncul di forum-forum maya berkenaan peristiwa ini di negara mereka.

Namun bagi mereka urusan luar negara biarlah kerajaan yang uruskan. Mereka hanya ingin berniaga dengan aman. Mungkin sebab Guangzhou merupakan pusat perniagaan@memborong, kebanyakan peniaga di sini akan cuba membina hubungan yang baik dengan pelanggan mereka tanpa terkesan dengan berita yang belum pasti kesahihannya.

Jadi sehingga hari ini saya tidak takut@segan untuk mengaku saya rakyat Malaysia ketika memborong di Guangzhou, China.

# Trip saya yang terdekat ialah pada 7-12 Mei 2014.

Advertisements
%d bloggers like this: