BAGAIMANA MEMULAKAN BISNES BORONG CHINA

Sebelum pergi memborong di Guangzhou, saya telah berniaga pakaian di pasar malam secara sambilan selama lebih kurang 3 tahun. Oleh kerana persaingan yang sengit dalam bisnes ini terutamanya dari segi harga dan design pakaian, maka saya telah mengambil risiko untuk menceburi bidang pemborongan dengan menyertai trip borong ke Guangzhou. Berikut antara langkah yang saya lakukan untuk menjadi pemborong barangan dari China:

1) MAHIRKAN DIRI DENGAN PRODUK

Jika anda ingin berniaga pakaian, anda perlu tahu corak serta rekaan yang diminati oleh pelanggan. Material pakaian itu           dihasilkan  serta warna kegemaran pelanggan.

2) LETAKKAN NILAI TAMBAH KEPADA PRODUK

Salah satu keistimewaan memborong di china ialah kita boleh “custom made” produk sendiri. Saya telah mempelbagaikan design dan pilihan warna pakaian sukan yang saya jual.

3) MENCARI PRODUK YANG KURANG PESAING

Banyak lagi barangan yang boleh diteroka di China. Contohnya: Saya menjual secara borong tasbih digital berlampu LED. Produk ini tidak banyak persaingan kerana untungnya tidak tinggi tetapi saya boleh menjualnya dalam kuantiti yang besar.

4) RANGKAIAN BEKALAN YANG MANTAP

Rangkaian bekalan penting supaya anda tidak kehabisan di saat produk tersebut mendapat sambutan. Saya mewujudkan hubungan yang baik dengan pembekal. Ada antara pembekal di  China yang memberikan barangan mereka secara kredit kepada saya.

5) BINA KENALAN DI CHINA

Pembekal anda di China juga boleh menjadi rakan anda sekiranya anda lama berurusan dengan mereka. Saya mempunyai kenalan yang boleh membantu saya mencari barangan yang dikehendaki walaupun saya tidak ke Guangzhou.

6) AGENT SHIPPING YANG BAIK

Cari agent shipping yang boleh menguruskan penghantaran barang anda dengan baik. Mereka juga boleh membantu anda membuat bayaran kepada pembekal di China tetapi ANDA PERLU BERHATI-HATI kerana risikonya tetap ada.

7) PASARKAN PRODUK ANDA SECARA AGRESIF

Pelbagaikan medium pemasaran. Sekarang ini belum ramai lagi orang menjual borong secara online.

 

 

 

Advertisements

Posted on February 21, 2014, in Borong di China and tagged . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: