Monthly Archives: December 2013

JIKA MEMBORONG DI GUANGZHOU, JANGAN GOPOH!

Bagi anda yang pertama kali sampai di Guangzhou, memborong di sini memang seronok dan mengujakan. Namun dalam keterujaan tersebut anda perlu berhati-hati dan jangan gopoh. Identiti Guangzhou sebagai pusat borong dunia sememangnya menyediakan pelbagai pillihan barangan. 

 

Setiap barangan tersebut biasanya mempunyai beberapa gred dan kualiti. Bak kata orang ” ada harga, ada rupa”. Setiap gred mempunyai harga dan kualiti yang berlainan.

Oleh yang demikian anda perlu memperuntukkan masa lebih kurang 1-2 hari untuk ‘survey’ barangan yang anda ingini. Jangan tergesa-gesa memborong sesuatu barangan kerana mungkin anda akan jumpa barangan yang sama dengan kualiti yang lebih baik pada harga yang lebih murah! 

Istilah ‘ jatuh cinta pada pandang pertama’ tidak boleh digunapakai apabila memborong di Guangzhou. Anda perlu ‘ survey’ beberapa kedai yang menjual barangan yang sama. Tanya kualiti dan harga bagi setiap gred barangan tersebut. Sebagai contoh, antara produk yang sedang hangat di pasaran pada masa sekarang ialah cadar 3D. Ada beberapa gred untuk produk ini. Harga borong serendah 60 yuan sehingga 400 yuan.

ImageImage Read the rest of this entry

%d bloggers like this: