Monthly Archives: July 2013

Bila berada di Guangzhou, rasa semua benda boleh jual…

” Bila dah sampai di Guangzhou ni, rasa semua benda boleh jual@buat duit”…Itulah antara dialog yang biasa saya dengar daripada peserta yang mengikuti trip borong saya. Memang perkara tersebut adalah normal kepada mereka yang pertama kali memborong di Guangzhou kerana barangan yang ditawarkan di sini lebih murah berbanding harga borong di Malaysia. Namun begitu perlu diingat, tidak semua barang yang anda “rasa” boleh jual itu…..memang betul-betul boleh dijual!

Pengalaman saya sendiri sewaktu pertama kali menjejakkan kaki ke Guangzhou, memang terpengaruh dengan perasaan “rasa boleh jual” tersebut. Main business saya ialah pakaian sukan. Namun apabila sampai di sini, saya terbeli pakaian kanak-kanak dalam kuantiti yang besar kerana terpengaruh dengan harga yang diberikan oleh pembekal-pembekal di sini. Akibatnya apabila barang tersebut sampai di Malaysia, saya menghadapi kesukaran untuk menjual barangan tersebut secara borong mahupun secara runcit. Hasilnya modal saya tersangkut kat situ…..(selepas 2 tahun baru saya dapat jual kesemua pakaian kanak-kanak tersebut).

Walaupun harga borong yang kita dapat agak murah tetapi sekiranya tiada kemahiran dan pengalaman berniaga barangan tersebut, kita akan mengalami kerugian. Nasihat saya kepada sesiapa yang hendak memborong di Guangzhou sila kenal pasti barangan yang anda ingin borong, buat kajian pasaran, pelbagaikan medium pemasaran anda dan bina networking perniagaan seluas mungkin.

Saya cukup berterima kasih kepada networking yang ada sekarang kerana dengan bantuan mereka saya dapat meminimakan kerugian apabila menghadapi situasi “rasa semua benda boleh jual”. 

 

%d bloggers like this: