PERINGATAN MEMBAWA LUGGAGE DARI GUANGZHOU

Bermula tahun 2013, syarat masuk dan keluar dari Guangzhou, China semakin ketat. Sebagai langkah keselamatan, Pihak berkuasa keselamatan lapangan terbang China telah menetapkan beberapa larangan terhadap barangan tertentu untuk luggage pesawat (bukan handcarry@handluggage). 

Antara barangan tersebut ialah apa sahaja peralatan yang menggunakan bateri seperti:

1. Powerbank

2. Laptop, ipad, telefon

3. Permainan yang menggunakan bateri

4. Rokok elektronik

5. Pemetik api elektronik

6. Drill yang menggunakan kuasa bateri

Barangan ini tidak boleh dimasukkan di ruangan luggage pesawat. Apa yang perlu anda lakukan ialah:

1. Tanggalkan bateri peralatan tersebut, baru boleh masuk dalam luggage.

2. Bawa peralatan tersebut sebagai handcarry (# ada jumlah maksima yang ditetapkan: utk powerbank 2@3 unit sahaja)

3. Gunakan perkhidmatan kapal laut@shipping untuk menghantar barangan tersebut ke Malaysia

IMPLIKASI:

Sekiranya anda tidak mematuhi peraturan ini, anda akan menghadapi risiko luggage dirampas oleh pihak keselamatan lapangan terbang atau anda akan dihalang untuk menaiki pesawat dan diminta menanggalkan bateri daripada peralatan tersebut di pejabat keselamatan lapangan terbang.

EVIC

Saya telah menghadapi masalah ini sebanyak 2 kali. Kali pertama luggage saya tidak sampai di LCCT  kerana saya membawa powerbank. Kali kedua, saya ditahan dibahagian security check dan diminta menanggalkan bateri pada rokok elektronik yang diletakkan di dalam luggage.

#diharap maklumat yang sedikit ini dapat membantu anda semua.

Advertisements

Posted on April 7, 2013, in Panduan ke Guangzhou, China and tagged . Bookmark the permalink. 6 Comments.

  1. saya nak borongquran digital. ada stok tak. please reply asap

  2. salam tuan…bolehkah sy membuat kiriman utk membeli thumb drive pelbagai bentuk dan juga teddy kanak2 yg sederhana besar melalui tuan dengan kos rm 3 k sahaja..adakah ia berbaloi u tuk memulakn perniagaan

  3. so ape cara if nak beli powerbank dlm 10-20 pcs jus utk souvenior ye Tn.Ilham?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: