Monthly Archives: April 2013

PERINGATAN MEMBAWA LUGGAGE DARI GUANGZHOU

Bermula tahun 2013, syarat masuk dan keluar dari Guangzhou, China semakin ketat. Sebagai langkah keselamatan, Pihak berkuasa keselamatan lapangan terbang China telah menetapkan beberapa larangan terhadap barangan tertentu untuk luggage pesawat (bukan handcarry@handluggage). 

Antara barangan tersebut ialah apa sahaja peralatan yang menggunakan bateri seperti:

1. Powerbank

2. Laptop, ipad, telefon

3. Permainan yang menggunakan bateri

4. Rokok elektronik

5. Pemetik api elektronik

6. Drill yang menggunakan kuasa bateri

Barangan ini tidak boleh dimasukkan di ruangan luggage pesawat. Apa yang perlu anda lakukan ialah:

1. Tanggalkan bateri peralatan tersebut, baru boleh masuk dalam luggage.

2. Bawa peralatan tersebut sebagai handcarry (# ada jumlah maksima yang ditetapkan: utk powerbank 2@3 unit sahaja)

3. Gunakan perkhidmatan kapal laut@shipping untuk menghantar barangan tersebut ke Malaysia

IMPLIKASI:

Sekiranya anda tidak mematuhi peraturan ini, anda akan menghadapi risiko luggage dirampas oleh pihak keselamatan lapangan terbang atau anda akan dihalang untuk menaiki pesawat dan diminta menanggalkan bateri daripada peralatan tersebut di pejabat keselamatan lapangan terbang.

EVIC

Saya telah menghadapi masalah ini sebanyak 2 kali. Kali pertama luggage saya tidak sampai di LCCT  kerana saya membawa powerbank. Kali kedua, saya ditahan dibahagian security check dan diminta menanggalkan bateri pada rokok elektronik yang diletakkan di dalam luggage.

#diharap maklumat yang sedikit ini dapat membantu anda semua.

Advertisements
%d bloggers like this: