TIPS UNTUK BERJIMAT SEMASA MEMBORONG DI GUANGZHOU

Antara perkara penting semasa kita berkelana ke tempat orang ialah penjimatan wang. Bagi saya ianya menjadi agenda utama ketika memborong di Guangzhou kerana setiap ringgit yang anda dapat jimatkan, memungkinkan anda memborong lebih banyak produk. Berikut merupakan tips untuk menjimatkan wang @ perbelanjaan anda semasa di Guangzhou.

1. GUNAKAN PENGANGKUTAN AWAM@METRO

Perkhidmatan metro sangat murah dan cepat. Ia meliputi hampir keseluruhan bandar Guangzhou. Tambang yang dikenakan sekitar 2-6 yuan bergantung kepada destinasi. Sekiranya anda menggunakan metro dari lapangan terbang Baiyun ke pusat bandar, tambangnya hanya 15 yuan. Sangat…sangat…murah berbanding teksi bermeter 120 yuan.

2. TINGGAL DI HOTEL BAJET

Sebenarnya banyak hotel bajet dan murah di Guangzhou, cuma anda kena walk in sekiranya hendak menginap di hotel-hotel seperti ini kerana sukar untuk booking melalui internet. Harga sekitar 100-120 yuan untuk twin bed. Kemudahan yang disediakan pun selesa. Saya pernah menginap di Xiu Shan Building and Apartment, Sanyuan Li Road,  kadar untuk sehari hanya  120 yuan.

3. MAKAN DI WARUNG ATAU RESTORAN CHINA MUSLIM

makanan di warung atau restoran cina muslim agak murah berbanding restoran arab. Walaupun pilihan makanan tidak banyak tetapi rasa@kesedapan makanan yang disediakan setanding restoran mahal. Untuk perhatian anda, harga makanan di Guangzhou memang mahal. Harga untuk sarapan pagi di restoran arab boleh mencecah 300 yuan untuk 4 orang.

Advertisements

Posted on March 19, 2013, in Borong di China and tagged . Bookmark the permalink. 3 Comments.

  1. salam bro,

    Hotel mana yang bro cadangkan untuk 1st timer?

    keutamaan saya ialah lokasi tempat makan dan kedai borong boleh dicapai dengan hanya berjalan kaki?

    thx.

    alldey

  2. Terima Kasih berkongsi.. sedikit sebanyak dapat membantu kami yang tak yakin terus rase yakin untuk teruskan ke sana sendiri 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: