Monthly Archives: January 2013

SERONOK MEMBORONG DI AMBANG TAHUN BARU CINA

Alhamdulillah penghujung januari yang lalu sempat membuat trip borong ke guangzhou. Waktu tersebut bandaraya guangzhou dalam mood sambutan tahun baru cina. Ada kelebihan memborong di guangzhou saat ini.

1. Kesesakan jalan raya berkurangan kerana ramai warga kota telah pulang ke kampung halaman. Ini memudahkan kami untuk bergerak ke sesuatu plaza menggunakan metro atau teksi.

2. Di saat ini juga kebanyakan kedai membuat jualan murah termasuk plaza borong. Lagi best bila ada kedai yng memberi diskaun yng agak banyak untuk barangan yg diborong.

3. Senang untuk tawar menawar seolah-olah peniaga ingin sangat menjual barangan mereka. Ada barang yang dijual dengan harga 200 yuan boleh dapat dengan harga 100 yuan.

4. Bilik-bilik hotel banyak yang kosong. Anda boleh walk in sahaja untuk tinggal di sini.

%d bloggers like this: