Monthly Archives: December 2012

PENGANGKUTAN ALTERNATIF DI GUANGZHOU-TEKSI MOTOR

PERKHIDMATAN TEKSI MOTOR@MOTOTAXI

Salah satu pengangkutan yang agak terkenal di Guangzhou ialah teksi motor. Teksi motor adalah sebuah motosikal yang beroda tiga. Ianya digunakan untuk memunggah barang serta membawa penumpang.

Kemudahan ini sesuai digunakan apabila waktu puncak dan ketika keadaan jalan yang sesak. Anda boleh sampai ke tempat yang anda ingini dengan cepat kerana kebanyakan pemandu teksi motor mahir dengan jalan pintas di Guangzhou.

Namun begitu saya tidak menggalakkan anda menggunakan perkhidmatan ini kerana tambangnya agak mahal. Minima tambang yang dikenakan antara RMB10-15 walaupun untuk jarak yang dekat.

Pemanduan mereka pun merbahaya kerana tidak memakai topi keledar serta sentiasa melanggar lampu isyarat. Tempat duduk penumpang yang dikhaskan untuk seorang tetapi kebiasaannya mereka membawa sehingga 2 orang penumpang.

Sekiranya anda terpaksa menggunakan perkhidmatan motor teksi, jaga-jaga lutut anda kerana pemandu akan menyelinap di celah-celah kenderaan dengan kadar yang agak laju.

Inilah bumbung@payung motor teksi yang akan digunakan ketika waktu hujan. Sungguh kreatif pemandu-pemandu motor teksi ini. Tidak lengkap rasanya kalau anda tidak menggunakan pengangkutan alternatif  ini sekiranya berkunjung ke Guangzhou.

Advertisements
%d bloggers like this: