TIPS MEMBORONG DI GUANGZHOU

Ada beberapa tips yang anda boleh gunakan semasa memborong di Guangzhou. Tips-tips ini berdasarkan pengalaman peribadi saya dan rakan-rakan. Sekiranya terdapat kelemahan, sila beri teguran untuk penambahbaikan.

1) Pilih waktu yang sesuai untuk memborong di Guangzhou. Musim sejuk sangat tidak sesuai untuk anda yang baru pertama kali ke sana kerana suhu yang sejuk akan membataskan pergerakan anda. Waktu yang sesuai antara bulan Mac-November.

2) Buat tempahan tiket penerbangan sekurang-kurangnya sebulan lebih awal untuk mendapatkan harga yang lebih murah. Kebelakangan ini tiket ke Guangzhou melebihi RM1000 untuk perjalanan pergi-balik.

3) Tempah hotel yang berdekatan dengan plaza borong, makanan halal dan akses kepada pengangkutan awam. Hotel seperti Rui Feng Hotel dan Kawloon Hotel yang terletak di Zhanxi Lu berdekatan dengan plaza borong jam, pakaian berjenama, kasut.

4) Untuk menjimatkan masa, anda digalakkan menggunakan perkhidmatan teksi untuk ke tempat borong. Bagi alamat tempat borong, pemandu teksi akan bawa anda ke sana.

Kebanyakan plaza borong akan tutup pada jam 6 petang. Namun begitu selepas jam 4.30 petang, jalan-jalan di sekitar Guangzhou akan mengalami kesesakan yang teruk dan sukar untuk anda mendapatkan teksi. Sebagai alternatif untuk pulang ke hotel, anda boleh menggunakan perkhidmatan  motor beroda tiga seperti gambar di atas.

5) Bina perhubungan yang baik dengan pembekal. Selalu membuat repeat order dengan pembekal yang sama. Adalah mustahil untuk anda mendapat harga yang sangat rendah buat pertama kali. Kebanyakan pembekal mempunyai track record pembelian pelanggannya, mereka boleh cam wajah anda. Sekiranya anda sudah biasa dengan mereka, mudahlah bagi anda untuk mendapat lebih diskaun. Yang lebih istimewa ada pelanggan yang dijemput oleh pembekal sebaik sahaja dia tiba di lapangan terbang Baiyun, Guangzhou.

BERSAMBUNG…

Advertisements

Posted on October 21, 2012, in Borong di China and tagged . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: