WAKTU YANG PALING SESUAI UNTUK KE GUANGZHOU

Jika ditanya tentang waktu yang paling sesuai untuk ke Guangzhou, saya secara peribadi akan menjawab bulan Oktober hingga November merupakan waktu yang terbaik. Hal ini kerana  pada waktu tersebut Guangzhou sedang mengalami peralihan musim dari musim panas ke musim sejuk. Musim sejuk di Guangzhou pada bulan Disember hingga Mac.

Purata suhu pada bulan Oktober dan November ialah sekitar 19-24 celcius. Cuaca yang redup dan udara yang nyaman memudahkan kepada anda untuk memborong atau melancong ke Guangzhou. Memang puashati memborong pada waktu ini kerana anda tidak terasa tersangat dahaga (seperti musim panas bulan Mac-September) atau asyik nak ke tandas sahaja (seperti musim sejuk bulan Disember-Februari).

Sekiranya anda berniat untuk memborong di Guangzhou pada bulan-bulan ini, buat tempahan tiket penerbangan 6 bulan awal kerana tiket agak mahal. Selain daripada itu hotel juga perlu ditempah 2 bulan lebih awal terutamanya hotel yang berdekatan dengan plaza borong.

Pengalaman saya sendiri semasa berkunjung ke sana baru-baru ini, terpaksa “menapak” dari satu hotel ke hotel yang lain kerana tiada bilik kosong. Ini gara-gara tiada perancangan awal. Akhirnya pukul 2 pagi baru dapat bilik. Itu pun dapat hotel yang tersangat jauh dari plaza borong dan restoran makanan halal.

Selain daripada itu bulan April dan Mei juga sesuai untuk anda memborong di Guangzhou. Kepada anda yang berkunjung ke Guangzhou pada bulan ini saya mengucapkan SELAMAT MEMBORONG!

***SEKIRANYA ANDA INGIN PERGI MEMBORONG SENDIRI KE GUANGZHOU/TANPA MELALUI TRIP BORONG, AMAT DIGALAKKAN UNTUK MENIMBA ILMU MELALUI SEMINAR INI:

“SEMINAR PERGI SENDIRI KE GUANGZHOU”

Berikut adalah tarikh seminar, anda boleh pilih tarikh yang bersesuaian dengan anda:

TARIKH: 10 MEI 2015

TARIKH: 30 MEI 2015

MASA: 9:00am-12:30pm

BAYARAN: RM100/org

TEMPAT:

MPWS Training Centre

Jalan Kajang Impian 1/11
Taman Kajang Impian
43650 Bandar Baru Bangi
SELANGOR.
+60 3-8912 7212
(bersebelahan Restoran Red Wok, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, Selangor )
#Untuk maklumat lanjut boleh hubungi:
En. Mohd Zainie 013-3622852

Advertisements

Posted on October 11, 2012, in Panduan ke Guangzhou, China and tagged . Bookmark the permalink. 23 Comments.

  1. Saya telah menempah tiket ke guangzhou pada 22/11/13 hingga 27/11/13. Soalannya apakah cadangan nama hotel yang convenient mengikut pendapat en zainie?

  2. nak tny, kalau nak gi guangzhou, visa di perlukan ker??

  3. ada kosng x?? mana nak taw leh Join sekali..

  4. assalamualaikum bro
    nak minta pendapat
    bulan tiga sesuai x pergi ke china
    takut masih musim sejuk
    nanti barang musim sejuk jew banyak
    minta pendpt saudara

  5. awal bln 3 sejuk lg x?

  6. Assalam…
    Saya nak ke guangzhou awal bln april ni…saya nak tahu pasal shipping…mcm ne ek?

  7. Hylen Shamierah

    Salam nak tanya, 24 april nie guangzhou musim apa yer? Dan perkhimatan shopping

  8. Boleh Tahan juga sejuknya. Suhu sekitar 15 c

  9. smakom nak tanya,shipping dr guang zhou ke malaysia mcm mana yer.blh wassap saya tak 0173552776,en ilham,saya rancang nak pg hujung thn 2016 ni,bwk family.klu beli basikal atau kenderaan bermotor dan nak hantar balik malaysia mcm mana,

  10. salam En Ilham, saya akan ke GunagZhou awal bulan Dec tahun ni, keadaan cuaca sejuk rasanya agak sejuk sangatke?

  11. NOR AZLINA BINTI BASIR

    hi, nak tanya mac 2018 akhir bulan berapa ye agak2 suhu di sana..
    sbb nak bawa bby..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: