Monthly Archives: August 2012

PENGALAMAN MEMBORONG DI CHINA PADA BULAN RAMADHAN

Pada bulan Ramadhan tahun ini (2012), saya sempat pergi memborong di China sebanyak 2 kali. Kali pertama pada 18-21 Julai dan sempat memulakan ibadah puasa di sana selama 2 hari. Kali yang kedua pada 14-16 ogos, beberapa hari sebelum umat Islam menyambut Eidulfitri.

Awal Ramadhan di Guangzhou sungguh mencabar kerana cuacanya yang panas. Suhu mencecah sehingga 37 celcius. Tak banyak kedai yang boleh saya kunjungi kerana tekak terasa perit dan badan pun cepat letih. Akhirnya jam 3 petang saya dah balik ke hotel.

Pada akhir Ramadhan pula, cuaca di Guangzhou agak baik. Tiap-tiap hari hujan @ langit mendung. Jadi tak terasa letih sangat walaupun banyak berjalan.

Namun begitu ada cabaran BESAR bila memborong barang dari China pada bulan Ramadhan. Masalah timbul apabila barang sampai di Port Klang. Pihak kastam “hold” barangan dari China dan membuat pemeriksaan yang ketat untuk mencari MERCUN yang mungkin diseludup ke Malaysia.

Akhirnya terjadilah “late clearance” terhadap semua barang yang dibawa masuk dari China. Barang saya seminggu selepas raya baru dihantar ke stor. Nasib baik barang tersebut bukan untuk jualan pada bulan Ramadhan. Kalau tidak haru dibuatnya…

Kepada mereka yang ingin memborong di China pada bulan atau dekat-dekat Ramadhan, anda perlu mengimbilkira kemungkinan barang anda lambat sampai.

Advertisements
%d bloggers like this: