PLAZA JAM TANGAN DI ZHANXI LU

GUANGZHOU WATCH WHOLESALE MARKET

Di kawasan sekitar Zhanxi Lu ini terletaknya “Guangzhou Watch Wholesale Market” yang merupakan pusat perdagangan jam yang terbesar di China dan mungkin juga terbesar di dunia. Terdapat lebih daripada 3000 syarikat yang terlibat dalam aktiviti perdagangan jam dan aksesori jam di plaza ini.

Plaza borong jam tangan di Zhanxi Lu terkenal sebagai pusat jam tiruan. Anda boleh mendapatkan jam berjenama terkenal di plaza ini pada harga yang murah. Namun begitu, menjual jam tiruan adalah dilarang oleh pihak berkuasa negara China.

Oleh yang demikian bagi jam tiruan, biasanya peniaga tidak mempamerkannya. Mereka akan menunjukkan katalog dan sekiranya anda berminat untuk melihat jam tersebut, peniaga akan membawa anda ke bilik pameran. Biasanya peniaga-peniaga jam di sini akan menyewa apartment berdekatan untuk dijadikan bilik pameran jam-jam berjenama.

Jam-jam berjenama terkenal biasanya dijual pada harga sekitar RMB300-500 mengikut gred B, A dan AAA. Namun begitu bagi anda yang ingin membeli jam, saya nasihatkan anda memeriksa dengan teliti fungsi jam tersebut.

Anda dinasihatkan membeli jam berkuasa bateri berbanding jam berkuasa automatik kerana jam berkuasa automatik keluaran China…..mudah rosak/

Advertisements

Posted on July 12, 2012, in Borong di China and tagged . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: