RESTORAN MAKANAN SEGERA HALAL DI GUANGZHOU

RESTORAN SALAM HARBOR

Seperti di negara kita, Guangzhou juga mempunyai pelbagai restoran makanan segera yang berjenama antarabangsa. Tetapi keseluruhan restoran makanan segera tersebut tidak menyediakan makanan halal. Namun begitu bagi penggemar makanan segera di kalangan muslim di Guangzhou, mereka mempunyai alternatif lain iaitu sebuah restoran makanan segera yang menyediakan hidangan HALAL.Restoran tersebut ialah SALAM HARBOR.

 

Salam Harbor juga menyediakan pilihan makanan segera yang setanding jenama antarabangsa. Terdapat burger, kentang goreng, ayam panggang….etc. Saya mencuba burger ayam panggang….mmmm rasanya memang sedap! Kalah la burger kat Mc D tu. Harga pun tak mahal sekitar RMB14 untuk set burger dan air. Suasana dalam restoran ini pun selesa. Bagi anda yang mengidam nak makan burger semasa di Guangzhou, silalah berkunjung ke Salam Harbor.

Selain daripada itu bersebelahan restoran ini juga ada kedai bakeri HALAL. Nama kedai itu ialah ZAM ZAM BAKERY. Kedai ini memang kegemaran saya kerana saya memang sukakan kek. Lagipun kek di sini sedap-sedap belaka! Banyak juga pilihan kek dan roti yang dijual di sini. Kalau anda berkunjung ke kedai ini, cuba rasa kek tiramisu….sedap tu. Harga kek di sini pun berpatutan. Sepotong tiramisu atau american black forest dijual dengan harga antara RMB10-12 je.

Untuk ke restoran SALAM HARBOR dan ZAM ZAM BAKERY anda boleh menggunakan perkhidmatan metro. Ambil line 2 dan turun di stesen Sanyuanli, di stesen Sanyuanli anda ambil exit A1. Restoran tersebut terletak di sebelah exit A1. Tambang pun murah antara RMB2-3 sahaja.

Advertisements

Posted on June 10, 2012, in Panduan ke Guangzhou, China and tagged . Bookmark the permalink. 3 Comments.

  1. nak cari kedai ni bila saya ke sana

  2. xdak laman web ke?saya nak buat research utk assignment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: