Monthly Archives: May 2012

APA YANG PERLU DI BAWA SEMASA DI GUANGZHOU…

Berikut adalah beberapa barangan atau bekalan yang perlu di bawa sekiranya anda ingin memborong di Guangzhou, China.

1) Makanan dan minuman segera seperti roti, maggi, kurma atau buah-buahan kering untuk bersarapan. Ini kerana kedai makan hanya akan beroperasi pada jam 10 pagi.

2) Ubat untuk melegakan sakit perut atau cirit birit kerana bagi anda yang pertama kali ke China, mungkin perut tidak sesuai dengan masakan atau makanan di sana.

3) Beg silang@sling bag untuk mengisi barangan peribadi anda semasa berjalan-jalan di plaza borong.

4) Sediakan business card holder untuk menyimpan business card yang diambil dari kedai-kedai borong yang anda kunjungi.

5) Semasa keluar memborong, pastikan anda membawa “botol kosong” untuk diisi air kerana kebanyakan tandas di China tidak mempunyai paip air (di dalam ruangan utk menunaikan hajat tu tak ada air)

6) Bawa kad ATM yang ada fungsi PLUS dan aktifkan fungsinya. Ini penting untuk anda membuat pengeluaran wang semasa di Guangzhou.

7) Bawa pakaian yang sesuai mengikut musim, biasanya musim sejuk di Guangzhou sekitar bulan Disember-Mac. Walaupun suhunya antara 12-15 celcius tapi sangat sejuk.

8) Gunakan kasut yang sesuai kerana anda banyak berjalan semasa di sana. Kasut bertumit tinggi sangat tidak digalakkan.

%d bloggers like this: