BARU NAK MULAKAN PERNIAGAAN…ANDA TIDAK PERLU KE CHINA.

Sekarang ini terdapat banyak trip memborong ke China yang dianjurkan oleh syarikat mahupun orang perseorangan. Oleh yang demikian, tidak menghairankan sekiranya bertemu dengan wajah-wajah Malaysia terutamanya orang Melayu semasa anda berada di China. Silap-silap haribulan, leh cakap Melayu je kat Guangzhou tu. Seolah-olah menjadi satu trend apabila ingin memulakan perniagaan, mesti pergi borong terus dari sumber (China).

Pada pengamatan dan pengalaman peribadi saya, mereka yang baru hendak memulakan perniagaan…..ANDA TIDAK PERLU KE CHINA!

KENAPA?

1) Borong pelbagai jenis barang dalam kuantiti yang sedikit.

-biasanya syarikat yang menganjurkan trip borong ke China akan mencadangkan orang yang baru nak berniaga agar memborong pelbagai jenis barang dalam kuantiti yang        sedikit. Alasannya untuk test market, balik Malaysia cuba jual barang tersebut, tengok barang mana yang laku, lepas tu baru repeat order.

– Perlu diketahui bahawa China merupakan pusat borong dunia. Pemborong di China hanya menjual dalam kuantiti yang banyak…..kalau pakaian antara 50-100 helai ke atas. Kalau anda beli dalam kuantiti yang sedikit, harganya mahal…..sama sahaja dengan beli dari pemborong kat Malaysia. Ada sesetengah pemborong tidak akan menjual produk mereka jika anda hendak beli sedikit je.

2) Kos yang tinggi

– pergi memborong ke China melibatkan kos yang tinggi. Kos yang terlibat termasuk tiket, penginapan, makan, pengangkutan dan shipping barangan serta lain-lain tidak kurang daripada RM2500. Anda perlu memborong dalam kuantiti yang banyak untuk mengimbangi kos tersebut. Biasanya anda kena berbelanja lebih RM10000 untuk dapat “cost efficient”. Saya percaya orang yang baru nak mulakan perniagaan tidak berani untuk memborong di China dengan jumlah yang sebesar itu.

3) Indah khabar dari rupa

-ramai orang menyangka barangan di China tersangat murah. Ada orang mengatakan bahawa beli baju di China ” RM2 boleh dapat satu guni baju”. Saya percaya orang yang berkata begitu pun belum pernah sampai ke China. Hakikatnya barangan di sini tidaklah tersangat murah. Terutamanya sekiranya kita pergi ke plaza-plaza borong. Kalau nak betul2 murah, anda perlu pergi ke kilang. Tapi pihak kilang hanya menerima tempahan dalam kuantiti yang besar. (cara inilah yang digunakan oleh pemborong besar di negara kita).

4) Apa yang diingini tidak diperolehi

-sekiranya anda mengikuti trip memborong, pihak penganjur akan menyediakan jadual yang padat. Dalam sehari, anda mungkin berkunjung antara 2 atau 3 buah plaza borong yang mempunyai beribu-ribu buah kedai di dalamnya. Anda harus mencari sendiri barangan yang dikehendaki serta membuat perbandingan harga. Dalam masa yang terhad serta bilangan kedai yang banyak….akhirnya anda tidak menjumpai produk yang diingini ataupun anda terpaksa memborong produk yang tidak menepati kehendak sendiri.

# ini hanyalah pandangan dan pengalaman peribadi penulis.

#sekiranya ingin memborong ke Guangzhou, pergilah dengan cara yang menjimatkan@pergi sendiri tanpa mengikuti trip borong.

***KEPADA ANDA YANG INGIN JUGA PERGI MEMBORONG KE GUANGZHOU DENGAN CARA YANG MENJIMATKAN, BOLEH SERTAI Sesi 1 to 1 yang saya anjurkan. Tempat sekitar Bangi. Masa MENGIKUT KESESUAIAN ANDA.

“SESI 1 TO 1 PERGI SENDIRI KE GUANGZHOU”

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi: En Zainie

Whatsapp @ SMS : 0133622852

 

Advertisements

Posted on April 25, 2012, in About Me and tagged , , , , , . Bookmark the permalink. 134 Comments.

  1. Ooo baru says faham kami pun Dalam perancangan melancong ke san a juga.. Kami nak tgk keadaan di sana..bila kami ke san a baru Bo leh buat handaian

  2. Boleh tanya sikir di mana tempat membeli peralatan pancing di
    Guangzhou …hujung bulan 2 nie saya akan ke sana

  3. saya ingat nak memborong pakaian di china. Boleh tahu dimana tempat kilang pakaian beroperasi. Dan apa selalunya trick yg digunakan peniaga/pembekal china kepada orang yang ingin memulakan perniagaan .

  4. thn, where can i get brg2 borong yg murah and mudah sbg permulaan utk berniaga? really appriciate if u can rep me 🙂

    • Antara tempat borong pelbagai jenis barangan di malaysia:
      1. Jalan Kenanga, Kuala Lumpur
      2. Kenanga Wholesale Centre (KWC), Kuala Lumpur
      3. GM Plaza, Kuala Lumpur
      4. GM Plaza, Klang
      5. Plaza TAR, Kuala Lumpur
      6. Sekitar Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur
      7. Kompleks Bebas Cukai (Rantau Panjang, Pengkalan Kubor, Padang Besar)

  5. assalam saudara,
    boleh saya tahu, maksud saudara diatas ialah kalau saya hendak mulakan perniagaan cadar tu boleh beli sahaja di kedai pemborong yang tertera di atas dan harganya adakah berpatutan berbanding dengan cadar yang dibeli terus dari China…begitu ke? Harap dapat beri pendapat…TQ

  6. cadar 3d boleh dapat harga berapa kalau borong

  7. Macam mana nak memborong cadar 3d dgn encik ???

  8. Kat Guangzhou kedai borong cadar kat mana?

  9. Hai nak tanye la.kat kl tu kat mane ye nak borong product kecantikan dan kesihatan yg murah..contohnye prodct jamu dan kosmetik dr negara luar pon kita dpt beli.

  10. klu nak order baju polo n hacket cmne ye??

  11. banyak betulnya ape yang diperkatakan dalam artikel diatas..serupa akak ipar say yang dah pernah ikut trip ke china..at the end sampai la ni tak tau nak jual apa..

  12. Klu sy nk bli cadar patchwork dgn harga borong dkt malaysia ni dkt mne ade ye…l

  13. NAK BORNG SELUAR JENS DIMANA?

  14. Klu sy nk borong jersi hoki n running vest utk bdk2 sekolah ada x, berapa minimum order n harga??

  15. nak pergi ke Nantian ada line metro tak? kalau ada line berapa dan stesen mana hendak berhenti.

  16. boleh suggest name trip yg bw ke china? sy nak cari kasut utk drag kereta, jeket dan aksesori kereta mcm pewangi,

  17. Sy berminat dgn cadar patchwork.
    Berapa min order dan boleh tak encik zainie email sy design cadar2 patchwork yg avail?
    Tq

  18. Kalau naik motosikal/ teksi di lijiao, nk bagitahu driver motosikal nk pergi kat mano, kedai yg jual cadar tu nama apa?

  19. Salam..tuan…jika saya nk borong Tudung di mana??/Lia dh dapatkn di sekitar Jaln Tar dll… nk mntk pndapat…d area mana Kilang Tudung d China…

  20. Salam.saya ada plan nak start business.boleh tak advise camane saya nak start dptkan barang?adakah perlu saya ke china ataupon dptkan brg dr pemborong di malaysia.tinggi ke harga kalau ambil from mereka?

    • Ambil kat Malaysia dahulu. Peringkat awal ni anda kena uji Dulu kemahiran menjual, mempromosi barang. Fahami cabaran dalam Dubai perniagaan, nanti anda Akan tahu sendiri bila anda boleh memborong ke china dalam kuantiti yg Besar.

  21. Kat Jalan kenanga banyak tapi kena ambil masa lar nak survey kdai2 tu

  22. Salam nak tnya ..
    Pakaian wanita,lelaki,handband ,sandal etc
    Ada borog tak ?

    Dan berapa pakej trip tu …
    Sy nak buka 1 kedai pakaian .
    This my phone jum 01119377982

  23. Slyvester Sinoh

    salam ramadhan tuan… saya tertarik dengan tajuk artikel ni.. mcm mana caranya tuan utk memulakan perniagaan barangan china tapi tak perlu ke china?
    saya Slyvester daripada KK, Sabah.

    • Ingin berniaga barang apa? Boleh Cuba ambil dalam kuantiti yg sedikit di plaza borong di Kuala Lumpur@yg berdekatan dgn anda. Yg penting mulakan perniagaan terlebih dahulu dgn modal yg minima

  24. rashid sulaiman

    saya mencari pemborong minyak wangi? dimana murah ya..

  25. assalam mcm mana nk jual kasut bola murah…mcm dalam fb tu ye

  26. salam , saya tertarik dengan artikal anda.
    saya plan nak start business. tapi tak tau nak dapat kan barang di mana?? selain borong di kl ada tak di area jb?? sebab saya duduk jb . tolong saya yeee

  27. as salam…saya baru pertama kali nk mulakan business tapi x tahu di mana nk dptkan brg…kalo brg baby or kanak2 kata mana bleh dpt ye…TQ

  28. Sy ad jual tudung dr thailand secara borong dan runcit. Tdung bwal, shawl butterfly dll. Blh emel zakira135@gmail.com

  29. salam tuan saya suda mula berniaga baju, kasut wanita dan mcm2 lainnya tp harga barang yg selalu saya dpt selalu mahal,,, saya berniaga di internet shja tuan,,, mau tanya dimana tempat beli barang pakaian wanita, dan kasut2 wanita yg murah ya ?? dan boleh beli sikit2 dan dpt harga murah y tuan ??

  30. Salam, saya wedding planner dan ingin membeli beberapa barangan yang unik di china. Saya ingin mencari barangan seperti bunga tiruan, a few types of fabrics, wedding vases dan beberapa barangan wedding decor dalam kuantiti sederhana banyak.Memang ada jual di Malaysia contohnya SSF tetapi harga disitu mahal. Jika Encik tahu plaza di Guangzhou mana dapat barangan tersebut mohon share. Terima kasih 🙂

  31. Assalamualaikum tuan, nak tanya kat mana saya boleh dapat harga borong untuk barangan elektronik contohnya pendrive, power bank etc.

    Terima kasih

  32. Tuan… saya berminat untuk memborong kuantity yang besar.. maksudnya direct ke kilang utk barangan hand bag yg kuality sama 1:1 dgn ori….. ada tak supliernya di guangzhou..?

  33. Boleh sy tau cara nk dptkan contact supplier brg kanak2 dan bayi di china??ada tak yg blh beli melalui online shj tanpa perlu ke china.sy dh berniaga and ada kedai pakaian kanak2 and now sj just dptkan stock dr supplier di malaysia.

  34. salam..mcmana saya nk borong glass pearl??harga?

  35. Ada jual jam bonia flora gred 3a???sya mcri jam,perfume n byk lgi la..lau ada tlg email sya at shabella_baby05@yahoo.com

  36. salam..
    tak ada ke kalu saya nk borong pakaian tp tak nak pergi ke china sbb saya niaga kecil kecilan je.

  37. salam..
    tak ada ke kalu saya nk borong pakaian tp tak nak pergi ke china sbb saya niaga kecil kecilan je.

    jika ada email secepat mungkin : jentayu_chenille@yahoo.com

  38. Asslm, saya berminat nak memulakan peniagaan secara kecil kecilan dahulu, seperti berjual di pasar malam, nak tahu apa product yang mudah dan sesuai utk saya mulakan dan bagaimana cara saya nak dapatkan product. Harap tuan dapat membantu.

  39. Saya dh pernah ke cina..sekarang saya nk jual baju kanak-kanak..macan yg admin cakap la..beli sikit-sikit harga dia sama je dengan borong kt malaysia..selain dari plaza borong kanak-kanak, ada tak kilang yang boleh ambil baju secara borong tanpa melalaui kedai di plaza borong tu.

  40. Azrina Tukiran

    Sy nk cari pembekal pakaian kanak -kanak yg mampu milik . ..sy br nk mula berniaga . .kat mn sy nk dpt kn stok dgn harga borong ?

  41. kalau saya nak borong alatan jahitan… macam mana… perlu ke pergi ke china atau ada di malaysia saja

  42. yg berkaitan dgn barang2 jahitan zip,benang manik2 dan segala mcm perkakas jahitan

  43. salam.
    nak tnya sy baru nak mulakan bisnes barangan baby…di mana saya bole dapat kan dengan harga yang murah yup?seperti baju, botol, stroller & semua keperluan baby..boleh bantu tak?

  44. salam tuan.
    takde perancangan ke untuk buat seminar di kuala terengganu?

  45. Tumpang tanya.. kalau saya nak berjina2k dalam menjual wideshawl design saya sendiri macam mana ea?

  46. Boleh tuan bagi contact macamana nak but website & berapa harganya

  47. assalammulaikum..kami berhajat besar nak beli bekas kosong untuk bedak padat. kami berusaha mencari di malaysia tetapi tak jumpa. memang benar kami cuba beli dgn borong tp jumlah yg sikit melalui online tp benar pemborong china tak jual jumlah yg sikit. kami baru nak cuba market di malaysia ni. Minta tlg En beritahu kat mana tpt di Malaysia brg yg kami perlukan..

  48. asnul faisal bin muhammad nasir

    aslm sahabat.saya ni peniaga pasar malam yang menjual baju tidur.adakah boleh saya untuk mendapatkan maklumat tentang lokasi borong baju tidur dan cara yang murah untuk saya shipping barang dari china ke malaysia dengan lebih cepat..klu boleh whatapps saya 01115356202.atau perlukah saya menghadiri kursus untuk mengetahui cara borong yang terbaik

  49. Salam tuan.sy bru nk berjinak utk berniaga.dimana sy nk borong peralatan @ pakaian tactical cth: boot operasi, seluar tactical, jenama 5.11 dll kat malaysia.mtk nasihat.tq

  50. hi..sy nk tanya berapa minima untuk memborong di tempat borong y tuan list kn di Malaysia tu?

  51. Boleh cadangkan pada saya tempat memborong kain ela peach koshibo yang termurah di china @pun malaysia.

  52. Blh beritahu sy tempatborobg tudung yg murah di malaysis

  53. Assalamualaikum… Nk bertanya sikit tuan
    Sy nk borong barang baby kt mana ye…t.kasih

  54. salam kalau mahu borong beg deuter @ hiking bagaimana yeh?

  55. salam tuan boleh saya dapatkan contact tuan ? wassap saya di 0177475304

  56. As salam.. saya dalam perancangan untuk memulakan perniagaan pakaian/kasut dan sandals dewasa dan kanak2. Berapa anggaran kos minimum yang diperlukan untuk memborong terus dr kilang di china serta kos penghantaran ke malaysia + cukai2 yang akan dikenakan? Saya juga sedang mencari rakan/guru yang jujur yang boleh sama2 berkongsi ilmu dan pengalaman serta bekerjasama untuk mencari keuntungan bersama2. Email: harith.abdurrahman@gmail.com

  57. Sy berniaga kerongsang.. sy ambil stok di kenangga. Angaran beza Banyak kah kalau beli di China.. sekarang dlm mase 1 Bulan rm10k sy ambil stok… China Dan Korea yg mne lebih berbaloi…

  58. kcj_hubbies@yahoo.com.my

    kat mna sya boleh dapatkan beg @ handbeg yg berjenama tp murah..and barangan plastik spt..rak pakaian, pinggan mangkuk dan sebagainya..

  59. Saya nak mulakan berniaga baju budak2. bole saya tahu kat mane sy bole dpr supplier yg murah untuk borong ? or china supplier yg bole supply bju baby for boys & girls. please advice

  60. berapakah modal yg perlu dikeluarkan untuk borong di guangzhao?

  61. Salam tuan,bleh sya tahu di mna sya bleh dapatkan barang kosmestik scra borong harga yang berpatutan?selain dari GM klang

  62. SAYA NAK BORONG BLOUSE YANG CANTIK2..BOLEH SAPA2 BANTU SAYA

  63. Sy peniaga psar lmbak sy nk bj kanak2 gurl & boy yg murah2minimum rm5 dn maximum rm15 untk djual

  64. Beli je di ALIBABA.COM
    Sblom beli deal dulu dgn suplier sbb alibaba,dia cas 10% x silap saya..
    Lps deal luar klu x yakin blh pergi sendiri dgn terus berhubung dgn suplier direct dr sana..
    Sblom order pastikan suplier tu tlh lama dalam Alibaba utk mngelakkan penipuan..
    Acu try test dulu

  65. Assalam,tuan..
    Nak tanya mna tempat nak borong kasut sport murah2 sekitar KL atau kat china?

  66. Assalamualaikum..boleh saya tahu T-shirt borong area utara..?

  67. salam…saya nak tanya..dekat mana saya boleh dapatkan seluar track adidas made in malysia yg berkualiti dengan harga borong yg murah?

  68. salam tuan saya berminat nk memulakan perniagaan menjual barang2 hiking. pemborong malaysia di mana yg boleh sy dpt murah utk permulaan perniagaan ni.

  69. MOHAMAD ANAQI BIN ANI

    as’salamualaikum,saya baru nak mulkan bisnes saya menjual barangan elektronik seperti cable handpone dan powerbank..Boleh tak saya dapatkan nom telefon atau tempat borong barang seperti itu?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: