Hotel Pilihan Pemborong Malaysia di Guangzhou

RUIFENG HOTEL

 Pada kunjungan saya ke Guangzhou pada hujung bulan Feb 2012 yang lepas, saya dan seorang kawan menginap di Ruifeng Hotel. Ruifeng Hotel merupakan hotel bertaraf 2 bintang sahaja, kalau nak tempah bilik secara online memang sukar sebab ianya tidak disenaraikan dalam Agoda.com.

Hotel ini terkenal di kalangan pemborong-pemborong Malaysia. Anda tidak akan rasa janggal jika menginap di hotel ini. Ramai ‘otai’ memborong di China yang menginap di sini. Kalau anda bernasib baik, boleh berkenalan dan berkongsi pengalaman dengan mereka.

Ruifeng Hotel terletak di kawasan Zhanxi Lu yang sibuk dan padat dengan plaza borong. Sukar juga untuk mencari lokasi hotel ini. Kami naik teksi dari airport Baiyun. Puas pemandu teksi tu pusing kawasan Zhanxi Lu tapi tak jumpa jugak hotel ni. Akhirnya kami terpaksa turun dan “menapak” untuk mencari Ruifeng hotel.

“Business card” hotel ini dalam bahasa cina, satu apa pun saya tak faham. Terpaksa la tanya tokey-tokey kedai kat Zhanxi Lu (jangan malu bertanya, nanti anda akan sesat kat hutan batu ni). Setelah lebih kurang setengah jam berjalan baru jumpa Ruifeng Hotel. Pintu utama hotel tersorok antara bangunan kedai. Tiada papan tanda (ada dalam bahasa cina je).

Kadar bilik RMB220 untuk satu malam. Bilik agak selesa, walaupun kat lobi hotel nampak biasa sahaja. Apa yang istimewa kat hotel ini ialah, anda boleh letak barang-barang yang anda borong kat lobi hotel (kira lobi tu macam stor la). Terdapat dua buah restoran makanan cina muslim di kawasan hotel. Pejabat agen-agen shipping pun banyak kat sini. Suasana malam pun meriah. Ada plaza borong jam yang buka sampai jam 11 malam!

Kedudukan hotel ini tidak jauh dari plaza borong kasut, plaza jam, plaza pakaian dan stesen keretapi. Sebab itu la ramai orang Malaysia menginap di sini.

Ruifeng Hotel

Bagi anda yang ingin tinggal di Ruifeng Hotel, boleh guna alamat ini.

No.58 Zhanxilu North Street, Yuexiu District, Guangzhou 510030, China

Advertisements

Posted on April 12, 2012, in Panduan ke Guangzhou, China and tagged . Bookmark the permalink. 12 Comments.

  1. untuk trip borong 7-11 mei 2012 yg lepas pun menginap di Ruifeng Hotel. Senang sbb banyak kdai makanan muslim, dekat dgn plaza borong

  2. salam,

    macam mane nk book ruifeng hotel ni? via online or walk in?

    thanks

  3. Salam..kalau naik taxi bape rm?

  4. Salam abg ilham..nak tnya Tentang Shipping..mcm Mna Nak Daftar Shipping Ni..nak Tggu da Nak Bertolak Ke Bru Nak Daftar Atau Mcm Mna..n Abg Ble Bgi No Tak Agen Shipping Yg Abg Guna..klu Sudi La Emailkn Kat Sy..hehee
    Princess.sarah248@gmail.com

  5. Tuan, cmne cara kite nk booking ruifeng hotel?

  6. salam…nak tanya,if pegi walk in,cmne nak submit visa?sbb visa kan memerlukan hotel booking..
    memerlukan jawapan secepat mungkin,kerana dlm situasi terdesak..
    thanks…

  7. Salam…. Kalo sy nk ke Plaza Elektronik hotel mn yg sesuai? Yg dkt dgn restoran halal kalau boleh 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: