Monthly Archives: April 2012

BARU NAK MULAKAN PERNIAGAAN…ANDA TIDAK PERLU KE CHINA.

Sekarang ini terdapat banyak trip memborong ke China yang dianjurkan oleh syarikat mahupun orang perseorangan. Oleh yang demikian, tidak menghairankan sekiranya bertemu dengan wajah-wajah Malaysia terutamanya orang Melayu semasa anda berada di China. Silap-silap haribulan, leh cakap Melayu je kat Guangzhou tu. Seolah-olah menjadi satu trend apabila ingin memulakan perniagaan, mesti pergi borong terus dari sumber (China).

Pada pengamatan dan pengalaman peribadi saya, mereka yang baru hendak memulakan perniagaan…..ANDA TIDAK PERLU KE CHINA!

KENAPA?

1) Borong pelbagai jenis barang dalam kuantiti yang sedikit.

-biasanya syarikat yang menganjurkan trip borong ke China akan mencadangkan orang yang baru nak berniaga agar memborong pelbagai jenis barang dalam kuantiti yang        sedikit. Alasannya untuk test market, balik Malaysia cuba jual barang tersebut, tengok barang mana yang laku, lepas tu baru repeat order.

– Perlu diketahui bahawa China merupakan pusat borong dunia. Pemborong di China hanya menjual dalam kuantiti yang banyak…..kalau pakaian antara 50-100 helai ke atas. Kalau anda beli dalam kuantiti yang sedikit, harganya mahal…..sama sahaja dengan beli dari pemborong kat Malaysia. Ada sesetengah pemborong tidak akan menjual produk mereka jika anda hendak beli sedikit je.

2) Kos yang tinggi

– pergi memborong ke China melibatkan kos yang tinggi. Kos yang terlibat termasuk tiket, penginapan, makan, pengangkutan dan shipping barangan serta lain-lain tidak kurang daripada RM2500. Anda perlu memborong dalam kuantiti yang banyak untuk mengimbangi kos tersebut. Biasanya anda kena berbelanja lebih RM10000 untuk dapat “cost efficient”. Saya percaya orang yang baru nak mulakan perniagaan tidak berani untuk memborong di China dengan jumlah yang sebesar itu.

3) Indah khabar dari rupa

-ramai orang menyangka barangan di China tersangat murah. Ada orang mengatakan bahawa beli baju di China ” RM2 boleh dapat satu guni baju”. Saya percaya orang yang berkata begitu pun belum pernah sampai ke China. Hakikatnya barangan di sini tidaklah tersangat murah. Terutamanya sekiranya kita pergi ke plaza-plaza borong. Kalau nak betul2 murah, anda perlu pergi ke kilang. Tapi pihak kilang hanya menerima tempahan dalam kuantiti yang besar. (cara inilah yang digunakan oleh pemborong besar di negara kita).

4) Apa yang diingini tidak diperolehi

-sekiranya anda mengikuti trip memborong, pihak penganjur akan menyediakan jadual yang padat. Dalam sehari, anda mungkin berkunjung antara 2 atau 3 buah plaza borong yang mempunyai beribu-ribu buah kedai di dalamnya. Anda harus mencari sendiri barangan yang dikehendaki serta membuat perbandingan harga. Dalam masa yang terhad serta bilangan kedai yang banyak….akhirnya anda tidak menjumpai produk yang diingini ataupun anda terpaksa memborong produk yang tidak menepati kehendak sendiri.

# ini hanyalah pandangan dan pengalaman peribadi penulis.

#sekiranya ingin memborong ke Guangzhou, pergilah dengan cara yang menjimatkan@pergi sendiri tanpa mengikuti trip borong.

***KEPADA ANDA YANG INGIN JUGA PERGI MEMBORONG KE GUANGZHOU DENGAN CARA YANG MENJIMATKAN, BOLEH SERTAI Sesi 1 to 1 yang saya anjurkan. Tempat sekitar Bangi. Masa MENGIKUT KESESUAIAN ANDA.

“SESI 1 TO 1 PERGI SENDIRI KE GUANGZHOU”

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi: En Zainie

Whatsapp @ SMS : 0133622852

 

%d bloggers like this: