Monthly Archives: March 2012

RESTORAN TOMYAM DI GUANGZHOU, CHINA

Sebenarnya tidak sukar bagi pemborong atau pelancong Muslim untuk mendapatkan makanan halal di Guangzhou. Restoran makanan arab dan cina muslim agak banyak di sini (bagi orang yang pandai mencari) dengan pelbagai hidangan. Kalau kat restoran arab, mereka menggunakan beras basmathi. Restoran cina muslim menggunakan beras yang seakan-akan beras pulut.

Pengalaman saya berada di sana selama 8 hari pada bulan Disember 2011, tiap2 hari makan nasi berlauk kambing goreng kat restoran cina muslim (sbb makanan kat restoran arab sangat mahal) membuatkan diri terasa muak. Tekak dah tak boleh nak terima. Bau badan pun dah lain macam.

Namun begitu sewaktu kunjungan saya pada bulan Feb 2012 yang lepas, saya sempat berkenalan dengan Abang Din yang merupakan tokey kat Danau Kota. Dia merupakan orang lama@taiko memborong di China. Rupa-rupanya kat Guangzhou ada sebuah restoran thai (HALAL) yang menyediakan hidangan tomyam yang sedap! Sebelum pulang ke Malaysia saya sempat makan malam bersama Abg Din “and the gang” kat restoran tersebut.

Nama restoran tu MAEDAH RESTAURANT. Cawangan utama restoran tersebut terletak di Bangkok, Thailand. Khabarnya kat Bangkok orang terpaksa beratur menunggu giliran untuk menjamu selera kerana kesedapan tomyamnya! Kami makan tomyam (menu no:129) dengan ikan siakap goreng (biasanya restoran di Guangzhou hanya menghidangkan ikan talapia hitam) berserta sotong celup tepung yang besar dan rangup.

Rasa tomyamnya memang sedap (tak pernah jumpa kat Malaysia) warnanya macam gulai kuning, mungkin diorang letak santan atau susu kot. Yang paling istimewa mereka menghidangkan nasi daripada beras wangi thai (pertama kali makan nasi macam ni kat Guangzhou). Memang berselera!

Tapi harganya sendiri mau ingat la….hidangan antarabangsa tu. 4 pinggan nasi+2 mangkuk tomyam+ikan siakap goreng+sotong celup tepung= RMB300

Alamat : No.35-1 Beside World Trade Center, Huanshi Dong Road, Guangzhou, 广州市越秀区环市东路淘金路口35-1号, Guangzhou

Di sini ada link untuk dapat maklumat lanjut berkenaan dengan restoran ini. http://canton365.com/listings/cn-gz7367

Maedah Restaurant

Maedah Restaurant Location

SELAMAT MENJAMU SELERA!

ilhamzainie.com

jayzainie@gmail.com

%d bloggers like this: