TEKNIK JANA UNTUNG DENGAN EXTRA LUGGAGE 30KG

Apabila kita mengambil penerbangan AirAsia dari Guangzhou ke LCCT, extra luggage yang dibenarkan ialah sebanyak 30kg dengan kos sekitar RM60. Saya ingin menceritakan pengalaman saya menjana keuntungan dengan teknik extra luggage 30kg ini.

Sebelum saya pergi ke China buat pertama kali, saya buat sedikit kajian tentang produk, pasaran, kaedah pemasaran dan yang paling penting margin keuntungan. Saya bertanya kepada kawan-kawan produk dari China yang mereka inginkan. Saya juga pergi ke pasar malam, pasar minggu, ekspo, pasaraya dan buat carian dalam talian tentang produk yang hot di pasaran Malaysia.

Matlamat saya adalah harga tiket pergi-balik ke China dapat di “cover” hasil daripada keuntungan produk yang dibawa pulang menggunakan extra luggage 30kg!

Walaupun saya merupakan seorang peniaga pakaian dan tujuan utama saya ke China adalah untuk memborong pakaian sukan tetapi saya telah menetapkan beberapa produk untuk saya bawa pulang menggunakan kemudahan extra luggage 30kg daripada AirAsia.

Saya telah memilih untuk membeli alas meja (table cloth) bercorak English style kerana pada masa tersebut ianya mendapat sambutan yang menggalakkan di negara kita. Peniaga dari Tanah Besar China sanggup turun ke Malaysia dan menyewa booth di pasaraya-pasaraya untuk menjual produk tersebut.

Harga runcit untuk produk tersebut ialah:

1) Table runner=RM60-70

2) Table cloth- 6 chairs=RM150-160

3) Table cloth-8 chairs=RM180-250

4) Tissue cover=RM20-25

 

852.JPG

                                                                                                      855.JPG

  

Setelah membuat perbandingan harga dengan beberapa pembekal di Guangzhou, saya telah membeli 20 helai table cloth untuk meja 8 kerusi dan beberapa helai table runner di plaza borong cenderahati. Harga borongnya sangat murah dan kuantiti borong hanya 3 pcs. Produk ini saya masukkan dalam satu beg untuk dibawa pulang menggunakan extra luggage 30kg!

Ini lah harga borong yang saya perolehi:

1) Table cloth-8 chairs=RMB80

2) Table cloth-6 chairs=RMB54-60

3) Table runner=RMB25-30

Sampai di Malaysia, dalam masa seminggu sahaja produk tersebut habis terjual! dan ada yang membuat preorder. Saya hanya menjualnya kepada kawan-kawan terdekat.

Harga yang saya jual untuk table cloth 8 chairs hanya RM120…..Alhamdulillah dalam masa seminggu sahaja tiket flight saya yang bernilai RM1400 itu sudah dapat di “cover” .

# apa yang penting, buat kajian terlebih dahulu tentang produk yang sedang hangat di pasaran. Selamat mencuba! 

jayzainie@gmail.com

Advertisements

Posted on February 16, 2012, in Borong di China and tagged . Bookmark the permalink. 8 Comments.

  1. thanks atas info yg sgt berguna…bleh sye tau bagaimana kita ingin tahu produk yg paling laris di pasaran terkini?tk email di haner_mad@yahoo.com

    • Untuk kenalpasti produk yg paling laris di pasaran anda boleh berkunjung ke pasar malam, uptown, ekspo, jomheboh atau ke pasaraya. juga boleh buat carian kat internet.

      # apa2 sahaja barangan yang telah ada di pasaran tapi sekiranya anda dapat jual dgn harga yg lebih rendah….SALE anda akan di luar jangkaan!

  2. thanks for sharing..info yg berguna…

  3. Salam,sy mohon jasa baik tuan utk share tentang plaza borong yg menjual alas meja (table cloth) di GZ..jasa baik tuan sy amat hargai.

  4. Terima kasih tuan..segala info tuan amat sy hargai.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: