Panduan pergi sendiri ke China….suatu pengalaman.

Ini merupakan panduan untuk sesiapa yang ingin pergi sendiri ke Guangzhou, China. Panduan ini berdasarkan pengalaman saya sendiri.

Langkah2 berikut boleh diambil oleh sesiapa yang tidak mahu menggunakan khidmat “travel agent” untuk memborong di China.

SEBELUM PERGI…

1) Dapatkan maklumat berkenaan dengan barangan yang anda ingin borong@Plaza borong yang anda ingin kunjungi.

# dapatkan alamat plaza tersebut dalam bahasa China supaya senang utk anda menaiki teksi.

anda boleh melayari website  ini

http://www.guangzhouwholesalemarket.com/wholesalemarket.html

http://www.zhongguolu.com/guangdong/guangzhou-markets.html

http://www.china.org.cn/english/travel/50291.htm

2) Buat pasport antarabangsa kat pejabat Imigresen berdekatan anda.

# sesiapa yang disenarai hitam sbb tak bayar pinjaman PTPTN, anda tidak boleh ke luar negara.

3) Tempah tiket ke Guangzhou/Canton, China. 

# anda boleh gunakan perkhidmatan Airasia (lebih murah) atau MAS. Harga tiket sekitar RM700-1100 bergantung kepada masa anda booking. Booking awal dapat murah……waktu cuti sekolah, tiket ke Guangzhou agak mahal. Jadi anda perlu rancang awal2. Ambil extra luggage (40kg) untuk perjalanan balik GZ-KL supaya anda dah boleh bawa balik sket barang yg anda borong utk dijual kat Malaysia.

4) Tempah hotel untuk menginap di Guangzhou

# dapatkan maklumat hotel yang berdekatan dgn plaza borong yg anda ingin kunjungi atau hotel yang berdekatan dgn stesen metro (LRT). Anda boleh tempahhotel  melalui http://www.agoda.com , booking.com , 

5) Buat visa kat Chinese Visa Application Centre.

# China visa Centre Kuala Lumpur telah berpindah ke lokasi baru iaitu di Level 5 & 6, Hampshire Place Office, Jalan Mayang Sari, 50450 Kuala Lumpur. Anda boleh dapatkan info berkaitan kat pautan ini:

http://www.visaforchina.org/KUL_EN/

http://www.chinese-embassy.info/asia/visa-mys.htm

*Bermula November 2012, semua permohonan visa ke China perlu disertakan salinan tiket penerbangan. Ini bermakna sebelum buat visa, anda perlu tempah tiket penerbangan terlebih dulu.

*Bermula September 2013 anda perlu menyertakan 1 salinan (fotostat) muka surat pertama passport.

* sediakan 2 keping gambar berukuran passport berlatar cerah.

6) Daftar akaun shipping

# bagi anda yang ingin memborong dalam kuantiti yang banyak, perlu gunakan perkhidmatan kapal laut “shipping”. Anda perlu daftar dengan syarikat perkapalan yg membawa masuk masuk barang dari China ke Malaysia. Bagi sesiapa yang ingin menggunakan perkhidmatan shipping dari Guangzhou ke Malaysia boleh menghubungi saya. Caj serendah RM280.

7) Tukar duit

# anda perlu tukar ringgit kepada matawang China iaitu Renminbi(RMB) atau dulu dikenali sebagai Yuan. Antara Money changer yang menawarkan harga terbaik ialah di dalam Ampang Park. Biasanya hanya not RMB100 sahaja yang diorang akan bagi. Kalau anda membawa duit ke luar negara lebih drp USD10000 anda perlu isytiharkan dgn Jabatan Kastam.

# untuk lebih selamat. Masuk je duit kat dalam Maybank atau CIMB Bank, lepas tu aktifkan PLUS dekat kad ATM anda (boleh buat di mesin ATM). Anda boleh mengeluarkan duit semasa di China nanti….gunakan mesin ATM Bank of China. *tetapi tukarannya amat rendah dan anda akan dikenakan caj utk setiap kali pengeluaran*

# semasa di China, jangan tukar duit dengan individu@money changer kat tepi jalan sbb banyak duit palsu. Ada kes, mesin ATM kat China pun keluar duit palsu.

8) Persiapan ke China.

# kalau boleh semasa pergi bawa hand luggage je….pakaian tak perlu banyak2 sbb anda boleh beli kat sana nanti. Bawa makanan kering seperti roti, biskut, maggi, instant coffee untuk bersarapan pagi kat China nanti.

# tak perlu aktifkan roaming telefon bimbit sbb kadar yang dikenakan oleh telco sangat mahal. Sampai di China nanti anda beli simcard China Telecom.

SEMASA DI CHINA….

1) Baiyun International Airport, Guangzhou

# inilah airport yang anda akan mendarat, airport kedua tersibuk di China

2) Teksi atau metro

           

 

     # untuk ke hotel dari lapangan terbang anda boleh menggunakan perkhidmatan teksi bermeter (caj antara RMB120-150)*jangan gunakan khidmat teksi haram sbb tambang yg dikenakan sgt mahal* untuk ke plaza borong pun anda boleh gunakan teksi (tambang antara RMB10-30)

# untuk menjimatkan kos, anda boleh gunakan perkhidmatan tren@lrt (kat china dikenali sbg Metro) tambang dari airport lebih kurang RMB10 (bergantung kpd jarak). Kalau anda gunakan metro utk ke plaza borong, memang menjimatkan sbb tambang antara RMB2-5 jer….cuma lenguh sket jer kena berjalan kaki utk ke stesen.

# Sebelum itu anda perlu mahirkan diri dgn laluannya terlebih dahulu. Dapatkan pelan laluan metro di sini:

http://www.travelchinaguide.com/cityguides/guangdong/guangzhou/subway/metro-map.htm

3) Tempat Makan

# dekat Guangzhou ramai orang islam, jadi anda tidak sukar utk mencari restoran atau kedai makanan halal. Cuma kos makanan di sini agak mahal. Banyak restoran makanan arab di sini ( harga mahal). Kalau nak pergi kat restoran dlm gambar ini, anda gunakan metro dan turun kat stesen Xiaobei…exit A.

# anda juga boleh memilih utk makan kat gerai@restoran Cina Muslim (harga berpatutan). Gerai muslim biasanya meletakkan papan tanda warna hijau dan ada tulisan dalam bahasa arab.

3) Memborong….

     # pergi ke plaza borong yang anda ingini. Kebanyakan peniaga tahu sket2 bahasa Inggeris (kalkulator menjadi alat yg berguna utk tawar-menawar). survey dulu dan buat perbandingan harga, jangan terus beli. Minta business card sebagai rujukan. Anda tawar harga cukup2 dgn tokey kedai tu sehingga 70% less! Jangan risau diorang tak marah pun kalau anda tawar-menawar tapi tak jadi beli.

# bila anda dah confirm nak beli, bayar 1/3 sahaja daripada nilai barang. Bakinya nanti anda bayar masa diorang hantar barang tu. Jangan lupa suruh tokey kedai tu tulis shipping marking kat bungkusan@kotak barangan anda.

4) Penghantaran barangan yang diborong

# Anda boleh suruh pembekal@tokey kedai tu hantar barang kat hotel atau hantar terus ke gudang shipping company. (kalau supplier minta tambah duit utk kos penghantaran………..jangan beri!)

* Kalau hantar kat hotel, kumpulkan semua barang anda kat bilik@lobi hotel, lepas tu telefon syarikat kapal utk pickup barangan anda sebelum anda pulang ke Malaysia.

* Kalau hantar terus ke gudang shipping company, anda perlu serahkan duit utk baki pembayaran kepada shipping company sebelum anda pulang ke Malaysia.

SELEPAS….

1) Balik ke Malaysia

# pastikan dokumen yang diperlukan ada (passport, departure slip). kena pergi awal ke airport sbb mungkin jalan agak sesak.

# sebaik tiba di LCCT, luggage anda akan diperiksa oleh kastam, diorang akan meminta anda membayar duti kastam. (bayar RM50 jer)

**** KEPADA ANDA YANG BERMINAT UNTUK MENGETAHUI CARA PERGI SENDIRI KE GUANGZHOU AMAT DIGALAKKAN UNTUK MENYERTAI “SESI 1 to 1 PERGI SENDIRI KE GUANGZHOU”******

ANDA BOLEH MENGHUBUNGI EN ZAINIE UNTUK MENETAPKAN TARIKH SESI 1 to 1 INI.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi: En Zainie
Whatsapp / SMS :0133622852

Advertisements

Posted on January 2, 2012, in Panduan ke Guangzhou, China and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink. 311 Comments.

  1. waaa tima kasih abg dgn info kt atas wlaupn sy xdak duit lg nk pegi sna.. apa pn gud luck 4 ur bisnes..

  2. TERIMA KASIH atas info yg sgt berguna ni…sye sgt2 berminat utk ke sana bersama asben tanpa guna travel agen coz costing yg tinggi….mudah ke guna metro tu…kalau x pandai bahasa china

  3. boleh saya tau mcm mane n kat mane daftar shipping n harga u 1cbm

  4. agak2 brp rm kena standby kalo nak g sane.

  5. Trima kasih sb sharing info yg mmg berguna, bro x pergi Yiwu ke? dioarng kata market kt sini lg besar dr Guangzhou, sy mmg plan dlm wktu terdekat nie nk ke sana..maybe kalau sy ubah plan ke Guangzhou, sy akn contact bro kot utk ikut sekali… ape2 pn trima kasih sekali lg.. jasa anda dikenang dan semoga dimurahkan rezeki..AMIN..

    • Terima kasih En. Zul kerana sudi berkunjung ke blog saya. untuk pengetahuan en zul, market kat YIWU memang lebih besar dari GZ tapi pembekal di YIWU hanya mengambil order dalam kuantiti yg sangat besar….contohnya utk dompet wanita, minima order 5000 pcs. So kalau nak borong dlm kuantiti yg sedikit better pergi GZ.

  6. slm..boleh ke klu kite beli brg dr china. cth alat elektronik sbyk 50 unit. kite bawa balik ke malaysia juz gune luggage sendiri. sbb nk jimat kos. kastam x tahan ke? boleh lepas? tq

  7. salam…boleh bawa balik barang guna luggage. cuma kena bayar cukai kastam 10% drp nilai barang. sediakan resit belian utk tunjuk kat kastam

  8. encik…saye nih memang peniaga kat kl…cume nak tau kalau saye nk beli toys dengan nilai rm15k agak2 byk mane yer…dan cara pengangkutan mane yg sesuai…sebab klu utk toys size besar2 tu macam gelongsor..playhouse…takkan kire 1cmb juge kan…boleh tak encik jelaskan kat saye…terime kasih info kat atas tu mmg sgt berguna

  9. encik…saye nih memang peniaga kat kl…cume nak tau kalau saye nk beli toys dengan nilai rm15k agak2 byk mane yer…dan cara pengangkutan mane yg sesuai…sebab klu utk toys size besar2 tu macam gelongsor..playhouse…takkan kire 1cmb juge kan…boleh tak encik jelaskan kat saye…terime kasih info kat atas tu mmg sgt berguna

  10. toys besar2 dekat dgn haizhu square nama tmpat dia toys international x silap kalau jln dr haizhu square dlm 2km kot tp tmpt ni kebanyakan kena bli dlm kuantiti bnyk, slide, playground, basikal, skuter n mcm2 lg ada. brg x pasang lg… biasa dia bg dlm box….harga mmg murah…

  11. wahh terime kasih en hamzah en ilham 🙂

  12. salam,
    kastam caj berdasarkan bpe kuantiti? contoh kalo beli gajet 4 biji pun kene ke? or beli just beberapa handbag pun kene caj gak ke?

    • Kalau membawa pulang barang melalui LCCT kastam akan caj 10% berdasarkan nilai brg. Tapi anda boleh minta diskaun, cakap brg tu untk hadiah bukan utk niaga.

      • sume barang akan surcaj 10% ke? tak kire beli ape-ape pun? cos cadang nak beli baju, handbag n gajet. tapi untuk family je. pun kene caj gak ke? lagi satu.. kalo kite buat2 lambat kuar ke kastam tak pe ke?

      • Kastam akan pilih secara rawak passenger utk diperiksa beg diorang. Kalau dia tak check….tak perlu byr cukai. Tp biasanya setiap penupang flight dr Guangzhou akan diperiksa. Bukannya byk cukai tu, saya biasa minta kurang….diorang suruh byr 50-100 je. Yg penting minta resit.

      • sorry.. sekali lagi.. kene bayar dalam yuan ke? bukan dalam rm?

      • Kastam Malaysia yg check….so byr dlm yuan. Standby duit tu awal2

  13. a’kum…

    apa maksud bro “shipping marking” kat bungkusan@kotak ?

  14. mohd faezi bin ismail

    Salam…wahhh..sy sgt2 teruja ats tnjk ajr tu…tu impian sy..sy sggt bbgga ada ank melayu berjaya..sy nk mnt no fon utk bertanya direct dgn encik..tlg..kedua di mana tmpt borong handbeg?ikhlas nk tye,brape mdl first time anda ke sana?tqq…

  15. suami suke barang gadget@…klu kt sane nk shop kt mane brg@ tersebut…..

  16. salam..bro.klu nk g dlm bln akan dtg ke GZ nk ikut bro bley..sayer pun nk borong sdri2 jer..tpi takut kena tipu n xpandai..modal rm15,000 ok. sayer bru fisttime nk g..gbra ler..mintak bro tulun guade sayer..A-Z please…tqvm..

  17. Salam..ada trip tak utk bln 11 nanti(cuti sklh)? Kalau nak join encik, mcm mana ye..brp kos, brp hari ke sana apa contact..

  18. sgt bagus la info ni…. thanks…

  19. Salam.. sy n kwn2 dh bli tiket utk flight ke GZ next year…. sy nk taw mse encik pegi sne, degne penterjemah bhse x??? next year encik de pegi dlm bln 3 x????

  20. di mana nak daftar akaun shipping barang tu.. kat malaysia atau ghuangzou..

  21. Salam En. Ilham,
    Saya sekeluarga akan ke Guangzhou pd 27Nov-1Dec ni. I just nak tanya mengenai tour guide yg boleh dipercayai untuk I berhubung ketika di sana sekiranya u tidak keberatan untuk berkongsi maklumat. Kami akan menginap di Guangzhou DunHe Business Apartment. Adakah hotel ni terlalu jauh dengan plaza borong? TQ

    • saya tak pernah guna tour guide semasa di sana. Puan boleh buat carian alamat (dalam bahasa cina) tempat yg ingin dikunjungi di internet. Di guangzhou gunakan perkhidmatan teksi, tunjukkan alamat tempat tersebut. insyaallah diorang akan bawa.

      • Thanks for the info. Tak sabar rasanya nak memborong di sana. Harap semua berjalan lancar. Nak tanya mengenai shipping, perlu ke sy daftar acc shipping as u mentioned? If u can share more details abt that, much2 more appreciate. Kat mana office Holen International Logistic tu? TQ

      • Just to add, if tukar duit kat sini bawa byk2 tu xbahaya ke? Sbb byk juga beza tu if tukar kat sana. TQ

  22. Salam, kalau ke beijing atau shanghai, boleh guna kad debit visa maybank ke.? Kat ats td ada tulis, kalau kluar duit dr maybank cina dpt skit je? Sy cek duit rm100 boleh tukar duit china 200++.boleh advise? Tkasih

    • salam. Boleh keluarkan duit menggunakan kad ATM mana-mana bank yang mempunyai fungsi PLUS atau CIRRUS di kad mereka.
      maksud saya kadar tukaran rendah kalau keluarkan duit di ATM di China berbanding kalau anda tukar dengan money changer di Malaysia.
      Sebagai contoh: kadar tukaran yg diberikan oleh money changer di Malaysia ialah RM49=100yuan. Tapi kalau keluarkan duit di mesin ATM di China anda akan dapat tukaran RM51=100 yuan.

  23. info yg sangat bagus….moga terus maju

  24. Tumpang lalu. Boleh contact saya untuk urusan shipping China Malaysia. Harga dan servis terbaik!

  25. Salam !! Tanya berkenaan simcard mobilephone yang ada service 3G Broadband. Network pro video mana yang u sut gesa

  26. Siri i mean network provider mana yang u suggest untuk perkhidmatan 3G tersebut.

  27. Seronok baca info ni. Saya selalu ke sini ikut suami beli barang …seronok jika pergi ramai-ramai dari malaysia. Selamat berjaya.

  28. Salam tuan.. pada awal bulan january cuaca disana dalam berapa celcius

  29. Kira tak perlu bawa baju tebal laa kannn….

  30. Kat mne nak daftar acc shipping. Boleh dptkan alamat penuh & contact no.

  31. Asalamualaikum..klu Saya nak kirim bli barang kat en ilham boleh tak

  32. Salam Abg nak Tanya brp cash max rmb bersaman dgn rm, buleh bawa masuk ke china

  33. Salam,saya teringin nk borong kasut dekat sana,rm10k cukup ke,

  34. salam..klo nk kuarkan duit d atm kena daftar dulu ke d bank d malaysia

  35. Salam, dlm mse terdekat ni bl lg En Ilham akan pg ke China. Klu boleh sy nk follow skali.

  36. Assalamualaikum Tuan, sy tak dapat cari Syarikat helin logistic sdn bhd di google.

    tuan ada contact no?

  37. salam En.Ilham. Kalau saya nak join sama ke china bulan 6 tahun ni, berapa kos keseluruhan saya perlu sediakan. boleh bagi details?

    1) tambang pergi balik?
    2) kos penginapan hotel dan berapa lama di china?
    3) kos makan minum?
    4) JIka saya join Encik Ilham ke sana, adakah atas pakej yang disediakan oleh encik Ilham atau kita pergi bersama2 pemborong lain seperti rombongan beramai2 atas tanggungan sendiri?

    • kalau ikut trip saya, harga pakej yg saya tetapkan tidak termasuk tiket RM1500-untuk visa, makan, penginapan, pengangkutan ke tempat borong. Tiket biasanya RM800-1400 bergantung kepada waktu anda booking.
      sila baca@klik trip borong 2013 utk maklumat lanjut.

  38. Askm En Ilham, saya isteri anak 4 tahun akan ke Guangzhow 22/2/2013 nii selama lim hari.Adakah di china tengah mood Tahun Baru China dan kedai banyak yang tutup? keaadan sesak ke di gedung-gedung & di tempat tumpuan pelancong pada waktu ini?

    Mana nak beli peralatan basikal mountain bike dan remote control toys?

    • salam. waktu tersebut memang dalam mood Tahun Baru Cina. tapi rasanya byk kedai yang dah mula beroperasi. Guangzhou tempat tumpuan pemborong seluruh dunia dan sentiasa ramai orang. untuk beli remote control toys, encik boleh cari di sekitar YIDE ROAD. Kawasan tersebut byk plaza toys.

  39. Assalamualaikum encik ilham,,,
    Sy nak tnya,sy nak borong pakaian kanak2,kalau sy bawa balik naik flight je di tambah dengan 2 bagasi adik2 sy,,contoh 30kg++ di kali 3 org jadi 120kg++,,agak2 berapa modal ya sebb sy cma buat bisnes kecil kecilan je,,,

  40. Cik ilham,kos shipping utk kasut dia kira macam mna,pstu brg kta dh smpai mlysia,koskastam utk kasut mcm mna plak,adakh prlu sya perlu kemukakn sbrg prmohonan dr kstam sblm pergi,klau kasut berjenama blh lpas kh dgn kastam

  41. Sya brcadang nk p bln 5 ni,

  42. En Ilham, kalau barang bakery or baking mcm mould2 yang kecil2 bukan mesin2 ada dijual kat plaza mana eh?

  43. salam..encik bagaimana saya nak daftar shipping 2…no tel en nak contact?

  44. Salam en ilham sy nak gi bcuti n tgk brg katgz, hotel manrr yg murah n sesuai ada tpt pelancongan,snang mkan, trip sy dr hkong?kalu hjung bln 3, musim sejuk ke?

    • kadar bilik kebanyakan hotel di Guangzhou antara RMB120-240. Kalau nak hotel yg dekat dgn tmpt makan dan stesen metro boleh menginap di sekitar Xiaobei Lu atau Zhanxi Lu. Bln mac bukan musim sejuk. sesuai la pergi waktu tersebut

  45. Assalamualaikum encik ilham
    nak tnya kalau guna shipping helin logistic ada tak penghantaran ke sabah sebb saya tinggal di sabah,,tq

  46. salam…en ilham tak ada buat trip ke Yiwu ke..sy nak join..guangzhoa sy selalu pergi..ambil brg.

  47. saya nak pergi ujung bulan april dan awal may. agaknya cuaca macam mana ye

  48. Salam,
    kami suami isteri akan membawa anak yg berumur 11 bulan ke GZ, ok ker? sebab waktu tu caton fair.. risau pulak. perlukah kami memberi vaksin extra untuk baby?
    and any suggestion hotel untuk kami yg majorly nak borong pakaian kanak2. badjet hotel xnak tinggi sgt coz 5 hari 4 malam..

  49. Salam en. Zainie,
    Nk tnya tntang shiping brg. Adakah hrga rm350 utk 1cbm sehingga kepintu rumah di semnanjung atau kl dan selangor shj. Terima kasih.

  50. salam abang,, kat gz area mana byk jual barang kamera dan assesories kamera ya? first time nak gi sorang2 ni.. sambil travel sambil borong. tq abang 🙂

  51. En. Zainie, mcm mna sya nk dftar untuk urusan shipping?

  52. Salam…kpd sesiapa yg 1st time nak ke GZ bttr ikut trip ckgu Zainie sbb dia akan ajr tips yg sgt2 berguna kpd anda semua.sy dah fllw trip bln Jan baru2 nie dan mmg puas hati dgn tempat2 yg dibawa cuma spare duit byk2 ja…mmg bezz,bln 5 ni p sana lg,alone…hahaha..thanks ckgu 😉

  53. salam…saya meniaga barangan bayi dan pakaian bayi.Klu modal utk jadi pemborong berape ye sekurangnye saye kne ada?baju kanak-kanak yang branded dan bayi kat plaza ape ye selain plaza yuli

  54. As Salam Tuan….saya nk tanya beza nye beli borong di guangzhou dan bangkok..yg mana lebih baik? lps tu, nk tanya..klu nk kirim beli brg kt Tuan blh ke? berapa modal diperlukan utk baju wanita yg trendy..tp bkn nk byk2 sgt sbb baru nk mulakan perniagaan jualan online (bkn pemborong)

  55. Assalam. Nak tumpang tanya, hotel mana awak rasa ok utk org msia? Sy baca rmai dduk Lido & ramai jugak dduk clivia. Tp nak booking clivia tu xjumpa camne cara nak booking online T__T haritu sy dduk Elan hotel, tp nak bajet ni. Cr murah2 je :p

    Lg 1 pasal shipping ke msia. Nnt ada kotak size 1cbm ke atau kite sndiri kena packing jdkan dia size camtu? Hehe mcm susah je, sbb nak beli brg mcm2 size. Kalau ada kotak, kena beli sndiri kt sana, nak dapatkan kt mana ye? Ke cmpany shipping dah provide? Sy nak pegi 2nd time ni. Nak pegi ujung april ni. Last week baru balik sbnrnye. Xpuas hati xjumpa brg yg sy nak sbb pegi under travel agent, tp bila tanya itu ini, mcm xbape nk tau dorg ni. *Geram*

    Hrp2 awk reply asap sbb nak survey betul2 kali ni. >.< Terima kasih 🙂 – nadia

    • Saya biasa stay kat Forest Hotel dan Rui feng Hotel. Boleh booking melalui agoda.com atau just email kepada mereka.
      Shipping dari China ke Malaysia ikut cbm (meter padu). Anda tidak perlu beli kotak sbb kebiasaannya supplier dah siap packaging brg yg anda borong tu menggunakan kotak atau guni.
      1 cbm tu maksudnya barang2 yg akan dihantar tu disusun oleh pekerja shipping agency di gudang mereka di atas palet yg berukuran 1 meter panjang x 1m lebar x 1m tinggi.
      Harga utk 1cbm antara RM350-380.

  56. assalam,

    1. dari lapangan terbang kite nak kol sape n yg mudah utk n bwa kite ke hotel? de contact number or ape2 x?

    2. berapa kos hotel utk 5 hari 4 malam dan hotel mane yang budget n murah?

    3. kedai makanan yg murah, halal, sedap n selamat?

    4. Transport mcamane? kos berape utk transport dr hotel, nk balik ke hotel, nak ke tempat beli belah dan sebagainya?

    5. Kedai borong pakaian yg termurah kat mne? pakaian dewase dan kanak2? bajet berapa untuk borong? name kedai? jarak dri hotel dan macamane nak kesane if pegi sendiri?

    6. Bahasa yang kite gunakan disane macamne? English dorg paham ke? ke kena bawa kamus? cmne nak minta tawar menawar? abg guna bahase ape untuk bertanyekan pada dorg?

    boley x emelkan jawapan ke emel sy : lia_aleeya88@yahoo.com
    A.S.A.P
    tq

    • salam..
      1. dari airport naik teksi bermeter yg byk kat airport baiyun
      2. kebanyakan hotel rate sekitar RMB178-220 semalaman
      3. makan di restoran cina lebih murah berbanding restoran arab.
      4. nak murah naik train/metro. rmb2-7 je sehala
      5. plaza borong pakaian dewasa di Liuhua Wholesale market. Pakaian kanak2 di Fuli Kids Plaza di Zongshanba
      6. Guna broken english dan kalkulator utk komunikasi dgn tokey2 kedai

      saya info ini dpt membantu…

  57. sangat2 berguna blog ni..trima kasih empunya blog ni..saya cadang nak pegi hujung julai ni..nak pegi sendiri dgn husband..brapa upah tourist guide ehh..kalau en ada nombor telefon mana2 tourist guide bleh bgtau saya..satu lagi..kalau setakat nak shopping untuk diri sendiri je kan, ckup tak luggage saya amik 30kg x 2 person..suggestion en?

  58. salam,trima kasih boh,sy slh sorng yg prnah ikot en zaini g ke GZ,mmg cukup memuaskn,dia ajar kita 100% mula dr A to Z..dan skrng insya Allah sy nk bwk kwn sy plak g sna pd awl bln 5 ni:-) tima ksh bro zaini..jom kita same2 g GZ awl bln 5 ni..

  59. Salam… nk tnya ttg pengaktifan overseas flag.. mcm mana sekiranya pengaktifan tu xtidak dibuat d malaysia.? Maksud sy, bila sampai china baru tau yg kad ATM perlu diaktifkan supaya boleh keluarkan wang…

  60. Salam en.ilham….ada pi trip gz tak pertengahan disember ni ? Sya nak joint the trip….Sya nak pi dgn hubby dan 2 org anak tp mcm tak confiden. Just utk holiday dgn anak2….. Bkn utk
    Bisnes…berapa agak2 kos utk mkn minum n shopp ??

  61. Salam,
    Nak tanya, boleh sy tau tmpt cadar n comforter set dimana di guangzhou utk borong?

    Lg satu, hotel budget apa y sesuai kalau sy interested nak borong cadar n kain ela.

    Terima kasih.

    • Cadar atau bedspread boleh diborong dekat Onelink Plaza@NanTian@Haiyin Fabric Centre. Semua hotel 3 bintang ke bawah rate sama je. Boleh menginap kat East Asia Hotel.

  62. terima kasih banyak bro.budi baik bro menerangkan secara terperinci.saya memang nak ke guangzhou bln jun ni.mudah mudahan ALLAH membantu perniagaan bro.

  63. salammm…. terima kasih byk2 atas pengalaman awak ni.. sy hargai nyer ..sy akan gunakan details yg dibagi..

  64. salam cik ilham. berapa lama kalau nak tgu brg sampai dari cina ke muka pintu rumah.

  65. Salam encik ilham sy berminat dgn shiping tu..macamana sy nak contact bila smpai sana nty..lagi 1..agak dlm 1 cbm tu bole muat kira2 berapa biji cadar..sy nak pergi 25hb ni..

  66. khalid dahalan

    salam
    di guangzhou,..ada ke kedai moslem jual untuk sarapan pagi..saya akan tinggal di guangzhou east asia hotel no 320 dachangti dama rd guangzhoy..berhampiran xidiwan hotel.tkasih

    • saya tak biasa dgn kawasan tu. Tapi kalau nak naik train, ambil line 5. Turun kat stesen Xiaobei exit A. Kat situ byk restoran Muslim. Pukul 9.30 pagi dah beroperasi. tq

  67. Salam,klu saya bawa rm10 000 untuk borong baju t shirt polo,brp helai saya dpt ye?dan plaza ape yg jual t shirt polo cantik dan murah?saya nk pergi ujung bln ni borong untuk jualan puasa di uptown,jd klu shipping pakai kapal laut takut lmbt smpai..klu shipping pakai kapal terbang agak2 brp ye kos yg saya perlu byr utk baju polo yg bermodalkn rm10 000 tu.harap bls tuan yg budiman 😉

    • T-shirt polo yang berkualiti harga borong antara RM12-25 sehelai. Boleh cari dekat plaza sekitar zhanxi Lu. Shipping guna air cargo kadar lebih kurang RM11-15 sekilo. Beribu juga la kena byr kos air cargo tu.

  68. salam Abg Zainie

    sy nak ucapkan ribuan terima kasih kerana abg bagi Ruifeng hotel kad hari tue dan tunjuk ajar di blog abg..Blog abg memang banyak membantu saya disana.

    sy mmg stayed kat hotel tue selama memborong di sana dan hotel tue jugak membuat kan sy 90% berjaya memborong..mmg betul cakap abg (melalui blog) yg ramai ‘otai’ dari malaysia memborong kat sana. sy ade jumpa otai dari penang yg berniaga di up town dan x kedekut ilmu utk berkongsi. dia jugak banyak membantu sy untuk memborong dan cara packing barang sebelum hantar ker warehouse…

    pendek kater kalu sy x duduk di Ruifeng x tahu lah mcm maner..

    Harap dapat jumpa lagi abg zainie nanti..

    Terima Kasih

  69. Saya nak pegi cuti dgn keluarga dan membeli belah utk kegunaan sendiri saja, ada ke tempat utk membeli belah seperti ini di sana?
    Tk di atas informasi.

  70. tuan, kalau nak cari barang aksesori gift utk perkahwinan, boleh dapat di mana yer….

  71. assalam en ilham..sy dh booking flight + hotel melalui air asia pd 3/12/13 ni. persoalan sy kalau brg yg dikirim melalui shipping tu terlebih berat atau tk muat dgn kotak 1 cbm tu mcmana nak buat? drpd pembacaan info diblog en ilham ni kena buat pendaftaran dan pembayaran awal di syk lojistic holen tu.

    soalan ke 2 sy, bape lama tempoh visa akan kita dpt selepas submit application.sebenarnya sy tak tahu kena apply visa sendiri jika nk ke cina. sbb sy selalu g bandung indo tak perlu lak sy kena apply visa. cuba tolong sy explain. sy ni 1st time nak lobby2 brg borong kt cina ni. tq

    • Caj minima untuk penghantaran menggunakan kapal laut ialah 1cbm. Jika ukuran@timbangan barangan tersebut kurang daripada 1cbm, ia akan tetap dikira 1cbm. Sekiranya barangan yang dihantar melebihi 1cbm, maka ia akan dikira mengikut ukuran@timbangan barangan tersebut. contohnya 1.2cbm…1.3cbm etc. Contoh pengiraan: kurang <1cbm = RM350. kalau 1.5cbm X RM350=RM525.

  72. slm saya berminat nak ikut trip borong ke china.. boleh x email saya tarikh trip.. saya nak tahu shipping berapa lama ye sampai kat tangan kita

  73. salam sya teringin btul nk join…cuma nk tya en zaini..ada x shipping brg direct ke sabah….??tq

  74. salam,saya nak tanya,walaupun kita xmembeli banyak duti kastam tu wajib ada ke bila balik malaysia?

  75. As salam..

    Sy brcdg utk prgi bersndrian Dec ini brsma kluarga… Nk tnye ade x cukai yg prlu dibyr sblm brlps pulang ke Malaysia? Mksd sy cnth di Bali, slps check in utk pulang, tbe di imgresen/kastam, kami dkenakan byrn kalo xsilap dlm 300,000rp.. Di GZ pn ade ke? Kalo ade, bpe byrn?

    Mohon jasa baik en ilham membalas.. TK..

  76. Semoga Allah SWT membalas dengan kebaikan atas ilmu yg en ilham kongsikan.

  77. salam.sy akn ke guangzhou 28 sep 13.minta pndpt hotel mne yg strategik dgn kwsn shopping spt baju dewasa dan kanak2.handbeg.tudung.kain potong.

    • sebenarnya plaza borong utk barangan tersebut terletak di kawasan yg berlainan. menginap di mana2 hotel pun tak apa sbb boleh gunakan teksi ke tempat tersebut. rate hotel pun lebih kurang sama

  78. 840128kelantan

    bagus blog nie..insyallah ada rezeki sy pom ingin ke sana jgak.

  79. Salam…saya nak tanya kalau kita nak borong pakaian bayi n kanak2 agak2 d berapa modal yg perlu kita sediakan

  80. Assalam en.ilham..terima kasih sebab sudi kongsi pengalaman dan cara utk ke China.InsyaAllah bulan 9 sy,suami dan ank akn pergi ke GZ.sy cuma nk tnye kalo pergi bulan 9 ok tak musim disana?bila sy search bnyk yg kata musim panas.tp panas sgt ke?

  81. salam encik zainie. nak tanya kalau nak borong barang seperti al-quran dan produk makanan halal berapa modalnyer yer..

    • modal bergantung kepada berapa kuantiti yang anda ingin beli, berapa kuantiti yang anda mampu jual?
      Sila baca komen diruangan ini. saya telah menjawab pertanyaan berkenaan modal utk ke China. Anda juga boleh baca artikel saya berkenaan “Baru nak mulakan perniagaan…anda tidak perlu ke China”

  82. Makanan halal senang dapat tak tuan? Takut nak pergi sebab benda macam ni>

  83. Ok,kalau sy nak join trip borong ke china ni mcm mana?

  84. saya akan berangkat pada 22hb sept 2013…ini pertama kali saya akan pergi….kalau sesiapa yang pernah pergi dan nak join sekali contact saya 019 4247952

  85. salam bro, camaner nak bezakan kualiti gred A atau AA atau AAA

    TQ

  86. bro, kat mana kita boleh dapat barangan muslim, eg, quran digital, kain ihram

  87. Tuan, kat sana mana nak dpt jam berjenama yg gred AAA dan juga RC toys? jam kalo kita shipping barang door to door ada kena cukai gak ke? lastly jam replica gred AAA tu blh lps kastam x?

  88. as salam…saya akan pergi ke guangzhou pd 19 Sept bersama suami. travel sendiri… first time..stay kat Hotel Garden Inn.. berminat nak membeli kain dan lace secara pukal dan jam Gred AAA Boleh maklumkan di mana tempatnya.. jasa anda d hargai..

  89. salam, nak tanya berkenaan shipping. mcm mana nak daftar utk shipping? 1cbm, rm350 tu termasuk cukai kastam ker? or tak dikenakan cukai. shipping brp lama and hantar terus ke rumah atau port.
    terima kasih byk2

  90. Assalamualaikum,

    Saya bercadang ke guangzhou bulan oktober ni. Pg jalan2 bersama keluarga tanpa tour guide. Pertanyaan saya di mana nak beli baju baby, baju kanak2, handbeg kulit, jacket sukan, kasut, tablet dlm kuantiti yg sedikit utk kegunaan sendiri. Saya ada buat survey dlm internet, adakah di fu li kids world dan guangdong children maternal boleh beli dlm kuantiti

    Terima kasih atas bantuan

    • barangan di plaza kanak-kanak sebenarnya tidak boleh beli dalam kuantiti yg sedikit. tetapi kebiasaannya peniaga akan letak barang-barang utk clear stock kat luar kedai dan barang tersebut boleh dibeli dalam kuantiti yg sedikit. Apa pun terpulang kepada kepandaian puan memujuk tokey kedai tu untuk jual dalam kuantiti yg sedikit barangan yg diingini. Kebiasaannya mereka jual juga cuma harga agak tinggi.

  91. Aslkm..bestnye baca komen2 kat atas.saya pun plan nk pegi bulan 11..saje jln2 nk tgk keadaan n kedai2 kat sane..klu saya nk tgk baju2 kanak2 dan perempuan dewasa..serta aksesori..kat mane yea..dan yg paling penting hotel mane yg paling senag nak pegi tempat 2 yg saya nyatakan ni..terima kasih

  92. saya punya flight nnt pkul 4 ptg then smpai dlm 8 mlm.sempat x nak amik tren masa tu ke hong kong?atau kena stay gzh dulu?then hotel ape yg en prefer kan?

  93. Alhamdulillah. En. Zainie tak kedekut ilmu…Doakan semoga En. dimurahkan rezeki dan beroleh keuntungan kerana berkongsi ilmu dan panduan yang diberi. Saya selalu mencari maklumat utk makan angin ke Cina…Tetapi kebanyakannya merahsiakannya agar org tersebut menyertai kursus yang diberikan. Saya pun berkeinginan utk berniaga barangan dari Cina. Tetapi bukan dlm masa terdekat. Buat masa ini saya hanya mencari maklumat saja dulu sebagai persediaan. InsyAllah saya akan menyertai program yg diadakan oleh pihak tuan….

  94. Terima kasih diatas info dari tuan mengenai borong di Guongzhou. Saya akan pergi ke Guongzhou pada 26 November 2013 sehingga 30 Nov. 2013. Kumpulan saya seramai 24 orang Dimana kah:
    1. Tempat paling sesuai untuk menginap.
    2. Dimanakah tempat saya boleh membeli kain ela seperti:
    Cotton satin, English cotton….

  95. terima kasih untuk info2 semua ni bro…semooga Allah murahkan lagi rezeki bro…

  96. Assalammualaikum, entri yg trbaik!! trima kasih di atas perkongsian en.zaini, saya ada sedikit pertanyaan berkaitan cara pembayaraan di sana. kalau 1/3 da bayar kat kedai n saya minta dorng hantar barang2 saya tu ke hotel, baki bayaran saya kena bg kat siapa ye, samaada kat org yg menghantar barang kat hotel saya atau pada shipping company yg akan collect barang2 saya tu nanti? agak keliru sikit di sini. harap en.zaini boleh tlg beri pencerahaan. 🙂 terima kasih semoga perniagaan en. akan terus maju.

  97. Tuan,
    Kalau nak beli baby bedding set dekat plaza mana ye?

    TQ

  98. tq tuan tanah..
    InsyaAllah sya akan ke guangzhou pada 23-27 oktober 2013 ni.
    Ade sape nk teman kn saya jom la..

  99. info yg sgt menarik..tq saudara zainie..insyaALLAH,akan sampai ke sana nanti

  100. Sye ingin gunak kan perkhidmatan shipping..blh x bantu sye..tq

  101. Salam en.zainie.
    sy bminat nk pegi ke gz.
    tujuan sg utk memulakan bisnes menjual manik pearl,
    tp xth nk mula dgn modal bpe.
    dan en.zainje thu x kt mne ade jual manik di gz?
    dgn brga borong?
    tq en zainje diatas tunjyk ajar n informasi.

    • Salam. Saya tak tahu plaza yg khusus menjual borong manik tetapi di sekitar plaza kain zhongda fabric market ada beberapa Kedai yg jual tapi saya tak pernah survey harganya.

      • Salam…kt mane nak borong cadar 3D

        Sent from Samsung Mobile

      • Salam en zaini Kalu saya book kontena….tpi bila da sampai guangzhou. .x jdi maybe brg x byk. ..bole ke cancel?  Atau sy bole book kt sana terus

        Sent from Samsung Mobile

  102. As-salam En Zainie. Saya bercadang ke Guangzhou untuk memborong barangan (aksesori wanita) daripada mutiara termasuk mutiara mentah. En Zainie tahu di mana saya boleh mencari barangan tersebut? Terima kasih

  103. Salam, saya ingin shopping barang keperluan sendiri. Perlu ke daftar untuk shipping. Pergi dengan keluarga selamat ke? Atau lebih baik dgn agensi.

    • Kalah nak bawa balik banyak barang kena daftar Shipping. Tapi kalau setakat nk beli sikit2. Ambil luggage kapal terbang 40kg dah cukup. Kat sana pun ada guide. Harga untuk tourist guide sekitar 350-450 yuran sehari dari jam 9 am-6 pm. Rakyat Malaysia gak ya jadi guider tu.

  104. br blk dari guangzhou..memang menakjubkan.xcukup masa nk pegi semua plaza..terima kasih tuan atas guide dr blok tuan syukran..insyaALLAh tahun dpn kesana lg..

  105. Assalam, sy ingin bertanya jika ingin menempah paperbag dlm kuantiti yg byk kat mana ya di guangzhou. terima kasih saudara .

  106. t kasih info ni

  107. kalau saya nak order barang boleh tak…sy minat sgt nak beli basikal lipat elektrik…dekat malaysia harga mahal sgt…

  108. info yg sgt berguna…trutama proses shipping ke malaysia tu…terima kasih bnyak2

  109. kalu nk beli cadar patchwork dekat mana paling murah… sya ingat nk beli borong dlm 70 set.

  110. thx for ur info…klu ade rezeki nak borong kt sana..

  111. Salam En Ilham. Saya Nak Tanya Baju Polo/Raplh Lauren Ada Jual X Kat Sana?? TQ Atas Semua Info Di Atas 🙂

  112. Salam encikk Ilham. sybercadang nakikot encikpegi ke China sekali. boleh sy dapatkan bila tarikh berikutnya kesana? turut beserta pakej yg encikilham tawarkan?

  113. Salam En ilham,

    boleh bantu sy tentang hotel yg berdekatang dgn plaza borong dgn harga yg murah dan nak tau dimana boleh saya borong baju dan sluar muslimah.. maksudnya baju dan sluar yg sopan2 mcm seluar palazo. saya nak pergi awal bulan 3. adakah cuaca ok?

  114. If nk borong..quilted patchwork brp

  115. salam , saudara ilham. boleh bg no contact tak.. nak beli cadar quilt

  116. pnjg nye komen..kne scroll down byk2..
    hehe..
    tqvm..info yg tsangat sangat sangat berguna utk semua org yg hendak ke China!
    smoga Allah murahkan rezeki kamu!

  117. Hariri Raney

    Assalamualaikum, saya nk impot kain ihram dr China melalui alibaba.com ttp caj shipping nya sangat mahal jika diuruskan oleh pembekal. Apa nasihat tuan utk saya menurunkan kos barangan. CIF nya USD7.65 jika. MOQ nya 500set. Perlukah saya beli melalui Alibaba atau pergi terus ke China utk mendapatkan harga terbaik.

  118. thanks for info..boley add email x? hamizah.apple@gmail.com or fb mieza apple.. planning pegi china asyik terkandas.. need some extra advice

  119. Chee Yee Ooi

    Hallo encik,ada pergi tuk ujung bln 8 nie?

  120. Chee Yee Ooi

    Jika pergi sendiri borong kat yiwu,tak apa ke?
    Dan masah nak antar malaysia ,bole bg contac encik sebab nak buat shiping,saya nak pegi ujung bln 8 nie,nak cari krismas tree ada ke kat yiwu?

    • Saya belum sampai lagi di yiwu (hajatnya bulan ogos 2014 ingin ke sana) tetapi company shipping saya boleh uruskan penghantaran barang dari yiwu ke Malaysia sbb memang kita Ada cawangan di sana.

  121. kalau nak cari barang2 utk katering agak2 kat mana yg sesuai di sana? tq

  122. Terima kasih diatas perkongsian maklumat yg sangat berguna. Saya ingin mendaftar dengan syarikat perkapalan di guangzhou. Boleh tolong beri info. Insyaallah akan kesana dalam Mid august 2014.

  123. hi..sya berminat nak tahu lebih lanjut berkenaan trip to guangzhou..boleh bg contact no.?

  124. hello, nak tanya kalo tiba kat guangzhou jam12.30 am mcm tu…ada tak lg transport? sebab kite plan nak naik bus jer ke Guangzhou railway station and then naik taxi ke hotel..jimat..tapi ada tak taxi kat Guangshou railway tu time2 cam tu???

  125. Hi…., awal bulan 12 ni ada p guangzhou tak? sy n husband nak p ikut group trip borong tapi tak done penuh dah,

  126. salam tuan..nk tnya kl nk cr barangan jade, kt mana area nya yer?sy guangzhou minggu depan..

  127. Assalam ..Sy..akan ke Guangzhou…minggu ini atau paling lewat minggu depan dlm beberapa hari. VISA semua dah dapat. Nk cari peluang bisness dan window shopping. Sesiapa yg kebetulan otw atau memang ada di sana boleh la whatapps…019-7575776 .travel lone ranger…mmg kekadang boring gak…..wassalam.

  128. Terimakasih kerana kongsi panduan memborong di China. Sangat berguna untuk mereka yang berminat untuk ke China.

  129. Salam cik boleh pm no telefon untuk urusan shipping tq

  130. Bro..saya akan ke sana jumaat ini..saya nk tahu..sya akan beli brg di sana tidak sperti pmborong lain..tp boleh dkatakan byk utk org biasa.. Boleh kah brg borong ni bwk blik guna extra lggage naik flight atau kena guna shipping service juga?

  131. Salam En Zainie. Saya merancang untuk jual winter jackets melalui instagram atau FB. Modal mungkin dalam RM5000. Berapa anggaran harga jacket di sana? Adakah saya perlu mengikuti trip En Zainie untuk mendaftar shipping?
    Terima kasih

  132. Salam..kalo saya nak ke tempat textile ada x hotel yg berdekatan..yg mungkin boleh jalan kaki shj..thks

  133. Salam En Zainie, terima kasih sbb share tips2 yg sgt berguna, semoga En Zaini terus mara maju ke hadapan! Gituu. Camni saya baru first time nak menjinakkan diri dalam dunia bisnes (mmg first time sgt ni), klu sbg first timer klu nak terus ke GZ berbaloi tak? Saya bercadang nak start small, mcm beli barang dalam kuantiti yang kecil tapi banyak jenis sbb saya nak tengok market yg menguntungkan. Agak2 cadangan saya ni gopoh sgt tak?

  134. salam tuan hamzainie sy bercadangan ign pergi kesana, cara mudah utk penukaran matawang yg lebih tinggi mcm mana? cadagan tuan ?

  135. Assalamualaikum.
    Tuan,
    Saya baru sahaja membuka kedai buku Dan alat tulis. Saya berminat ingin menambah stock barang kedai dengan memborong di china. Bagaimana tuan boleh bantu saya untuk memudahkan proses bagi saya memborong di China seperti contoh memborong kertas A4?
    Harap dapat bBantu
    Halmi 012-2211227

  136. Assalam tuan zaini, boleh share x hotel2 murah/bajet sekitar guangzhou? sy dan 2 org kwn nk gi sana bln jun ni..

  137. Assalam tuan. untuk pakaian/ peralatan sukan d mana pusat borong yang bagus tuk peniaga kecil seperti saya ni

  138. memang sangat jelas dan mudah difahami blog en ni!! tapi saya akan pergi ke wuxi bulan 6 ini atas dasar kerja. apakah yang perlu saya lakukan?

  139. China Embassy utk buat visa di W.P Labuan dekat mana office dia?

  140. tuan..sy nk tanya kalo bawa masuk barang2 macam handbag copy ke atau barang2 lain kastam malaysia x rampas ke?atau kena tax tinggi?tq

  141. Salam tuan, di mana saya boleh dapatkan kerongsang ye? Boleh ke kalau saya check in luggage saja sekiranya berat barang yang saya beli tu tak melebihi dari 10kilo untuk bawak balik ke malaysia? Dan ada tax ke? Harap tuan dapat bantu saya. Terima kasih tuan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: