Monthly Archives: January 2012

Plaza Borong Pen Al-Quran Digital

New Asia International Electronic & Digital Building

Bangunan New Asia merupakan plaza borong yang menjual aksesori telefon bimbit. Bangunan ini mempunyai 8 tingkat, ianya terletak di kawasan “Kangwang Lu” yang menempatkan beberapa buah plaza borong barangan elektronik dan digital.

Di dalam bangunan ini terdapat beberapa buah kedai yang menjual pen Al-Quran digital yang sedang hangat di pasaran Malaysia sekarang ini! Pemilik-pemilik kedai itu ialah orang Cina muslim. Mereka merupakan wakil daripada pengilang yang membawa masuk produk tersebut dari Shenzen.

Kunjungan saya ke sana mendapati peniaga-peniaga Cina Muslim ini sangat peramah. Bahasa Inggeris mereka agak baik dan ada di kalangan mereka yang fasih berbahasa Arab. Ramai peniaga dari Malaysia yang berurusniaga dengan mereka.

Harga borong untuk pen Al-Quran digital antara RMB170-200. Cuba anda convert kepada RM…..sangat2 menguntungkan bila jual kat Malaysia. Biasanya peniaga akan memberi jaminan 1 tahun untuk produk ini.

Kuantiti borong serendah 5 buah sahaja…..tapi saya pernah beli sebuah sahaja dengan harga borong. Anda juga boleh “custom made” produk ini kalau nak letak nama syarikat atau design anda sendiri tapi kuantiti kena banyak ler.

#sesiapa yang nak kirim produk ini kat saya boleh gak. Saya akan mengenakan caj yang minima!

Selain daripada pen Al-Quran digital, produk-produk yang dijual di dalam bangunan ini ialah:

-mobile phones
-mobile phone accessories
-bluetooth headset
-USB flasher
-data cable
-battery
-card reader and memory card
-repair tools for mobile phone
-silicon case
-leather case
-stylus pen
-mobile phone spare parts like LCD display, flex cable, touch screen, and small parts like microphone, camera, buzzer, charger connector

%d bloggers like this: