Blog Archives

WAKTU YANG PALING SESUAI UNTUK KE GUANGZHOU

Jika ditanya tentang waktu yang paling sesuai untuk ke Guangzhou, saya secara peribadi akan menjawab bulan Oktober hingga November merupakan waktu yang terbaik. Hal ini kerana  pada waktu tersebut Guangzhou sedang mengalami peralihan musim dari musim panas ke musim sejuk. Musim sejuk di Guangzhou pada bulan Disember hingga Mac.

Purata suhu pada bulan Oktober dan November ialah sekitar 19-24 celcius. Cuaca yang redup dan udara yang nyaman memudahkan kepada anda untuk memborong atau melancong ke Guangzhou. Memang puashati memborong pada waktu ini kerana anda tidak terasa tersangat dahaga (seperti musim panas bulan Mac-September) atau asyik nak ke tandas sahaja (seperti musim sejuk bulan Disember-Februari).

Sekiranya anda berniat untuk memborong di Guangzhou pada bulan-bulan ini, buat tempahan tiket penerbangan 6 bulan awal kerana tiket agak mahal. Selain daripada itu hotel juga perlu ditempah 2 bulan lebih awal terutamanya hotel yang berdekatan dengan plaza borong.

Pengalaman saya sendiri semasa berkunjung ke sana baru-baru ini, terpaksa “menapak” dari satu hotel ke hotel yang lain kerana tiada bilik kosong. Ini gara-gara tiada perancangan awal. Akhirnya pukul 2 pagi baru dapat bilik. Itu pun dapat hotel yang tersangat jauh dari plaza borong dan restoran makanan halal.

Selain daripada itu bulan April dan Mei juga sesuai untuk anda memborong di Guangzhou. Kepada anda yang berkunjung ke Guangzhou pada bulan ini saya mengucapkan SELAMAT MEMBORONG!

***SEKIRANYA ANDA INGIN PERGI MEMBORONG SENDIRI KE GUANGZHOU/TANPA MELALUI TRIP BORONG, AMAT DIGALAKKAN UNTUK MENIMBA ILMU MELALUI SEMINAR INI:

“SEMINAR PERGI SENDIRI KE GUANGZHOU”

Berikut adalah tarikh seminar, anda boleh pilih tarikh yang bersesuaian dengan anda:

TARIKH: 10 MEI 2015

TARIKH: 30 MEI 2015

MASA: 9:00am-12:30pm

BAYARAN: RM100/org

TEMPAT:

MPWS Training Centre

Jalan Kajang Impian 1/11
Taman Kajang Impian
43650 Bandar Baru Bangi
SELANGOR.
+60 3-8912 7212
(bersebelahan Restoran Red Wok, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, Selangor )
#Untuk maklumat lanjut boleh hubungi:
En. Mohd Zainie 013-3622852

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,221 other followers

%d bloggers like this: